Cerita Malaysia

Setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman dan kisah menarik mengenai Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya. Melalui #CeritaMalaysia, setiap orang berpeluang berkongsi sebuah cerita yang unik dan menarik untuk dijadikan sebuah karya khusus untuk memberikan inspirasi kepada pembaca. #CeritaMalaysia adalah cerita anda, cerita kita.

  • Angpau dan Tahun Baru Cina

    Pemberian angpau begitu sinonim dalam kalangan masyarakat Cina, lebih-lebih lagi ketika sambutan Tahun Baru Cina. Terdapat pelbagai versi kisah bermulanya pemberian angpau ini, tapi legenda mengatakan angpau diberikan sebagai pelindung daripada roh jahat dan simbol mendoakan kesejahteraan khas untuk kanak-kanak.  Tak kurang juga yang menyebut angpau mula diberikan semasa Dinasti...
  • Tradisi dan Makanan Tahun Baru Cina

    Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina, pasti ada tradisi dan makanan yang selalu dikaitkan dengan perayaan ini.  Angpau Berapa jumlah wang yang selalu diberikan dalam sekeping angpau? Boleh tak kalau kita berikan duit syiling berbanding wang kertas?  Angpau yang diberikan dalam paket merah selalunya diberikan oleh pasangan yang telah berkahwin kepada orang tua dan kanak-kanak...
  • #LensaNegaraku: Abeden

    “Saya lebih gemar mengambil gambar yang menonjolkan sisi kehidupan.  “Saya merakam kehidupan, ia termasuk potret mereka yang saya kenali dan tidak kenali, alam sekitar, haiwan dan juga kehidupan bandar. Saya mahu abadikan momen-momen yang tidak akan berulang.” Bagi Hishamudin Hashim atau lebih mesra dipanggil Abeden, pengalamannya terlibat dalam bidang fotografi pada mulanya...
  • Anak Malaysia Ketuai Dapur Halal Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018

    Seluruh dunia akan tertumpu ke Pyeongchang, Korea Selatan pada 9 hingga 25 Februari ini bagi menyaksikan temasya Olimpik Musim Sejuk 2018. Daerah di kawasan pergunungan Taebaek di wilayah Gangwon itu antara lokasi tersejuk di dunia dan telah membuka pintunya kepada 6,500 delegasi dari 96 buah negara bertanding. Malaysia turut tidak terlepas menghantar wakil untuk beraksi di pentas beku...
  • Doktor Martabatkan Bahasa Melayu

    Bidang perubatan sering dikaitkan dengan istilah bahasa Inggeris yang sukar ditafsirkan ke bahasa Melayu. Atas sebab itu, ramai mengambil mudah dengan sekadar menukar ejaan istilah perubatan tertentu kepada bahasa Melayu tanpa menjelaskan maksud sebenar. Berbeza dengan pensyarah dan doktor pakar perbidanan dan sakit puan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Nik Hazlina Nik...
  • Biskut Heong Peah Gunung Rapat

    Kampung Baru Gunung Rapat begitu sinonim dengan biskut tradisional Cina ‘heong peah’ walaupun manisan ini dikatakan berasal dari Teluk Intan, Perak. “Menurut cerita orang tua-tua, pembuat biskut heong peah di Gunung Rapat belajar membuatnya dari Teluk Intan. “Sekarang beberapa keluarga di kampung ini merupakan keturunan kedua pembuat biskut berkenaan,” kata ketua kampung, Tee Seng Har....
  • Guru OKU Semangat Tabur Bakti

    Apabila membayangkan tenaga pengajar untuk melatih orang kurang upaya (OKU), pasti kita terbayang guru normal yang petah berkata-kata. Namun di Pusat Seri Mengasih, Kota Kinabalu, Sabah, seorang wanita yang cacat kedua-dua tangan dan kaki, Lee Fui Chen, 38, sudah 10 tahun menabur bakti menjadi tenaga pengajar bagi memberi latihan kepada individu sepertinya. Lebih manis, Lee yang mesra...
  • Kecil Tapi Lincah dan Agresif

    Lincah dan agresif persis golongan dewasa walaupun hakikatnya, masih kecil.  Riak wajahnya cukup serius dan fokus setiap kali melakukan 'trick' untuk melepasi halangan. Sekali-sekala, dia kelihatan geram dan marah kerana gagal membuat pendaratan yang baik. Secara luarannya, Finn Nuriman Amri, 7, kelihatan seperti kanak-kanak lain tapi anak bongsu daripada dua beradik ini mampu...
  • #LensaNegaraku: Kamarulzaman

    “Makanan laut di Sandakan sedap, segar dan murah!” Kamarulzaman Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Z.Own berkesempatan untuk ke daerah kedua terbesar di Sabah iaitu Sandakan bagi meneruskan pengembaraan #LensaNegaraku seperti rakan-rakan media sosial lain. Sepanjang 5 hari 4 malam ke timur Sabah, beliau memilih untuk ke Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok, Labuk Bay Proboscis...
  • Juruterbang Helikopter Wanita Pertama

    Sejak kecil Leftenan Kolonel Norhana Abd Manaf ingin menjadi seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Lebih-lebih lagi, apabila beliau membesar berdekatan Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Hulu Langat, lokasi pasukan tentera udara menjalani latihan. Ditambah pula dengan latar belakang bapanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera British, Norhana bertekad untuk berjaya...
  • Perkampungan Keris Kampung Ladang Titian

    “Nak buat kerja ni mesti ada minat, kalau tak memang tak jadilah. “Saya generasi ketiga. Dulu tok ki (datuk) dan ayah yang buat. Dulu orang kampung sini semua buat belaka, jiran-jiran semua buat (pembuat sarung dan hulu keris), sebab tu jadi nama Perkampungan Keris,” kata Zulkifli Yusoff yang lebih mesra disapa Cik El, sewaktu ditemui di Perkampungan Keris di Kampung Ladang Titian, di...
  • Dari Setinggan Ke 'Grand Slam'

    13 tahun lalu, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih mesra digelar Qobin pernah menjadi penghuni kawasan setinggan Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Sekarang, namanya megah di peringkat antarabangsa apabila diiktiraf sebagai penjelajah Grand Slam. Gelaran itu dicapai selepas berjaya melengkapkan 9 ekspedisi wajib iaitu mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua seluruh dunia serta...
  • #LensaNegaraku: Adly Aizad

    “Sejujurnya gambar berunsur pengembaraan adalah keistimewaan saya. Dengan berkunjung ke tempat-tempat baru ini, ia memberikan saya lebih banyak idea untuk mengambil gambar.  “Tak kira gambar berbentuk lanskap, potret, seni bina atau apa sahaja yang menarik di mata saya.” Adly Aizad yang pertama kali berkolaborasi bersama 1Malaysia.com.my berkata, perjumpaannya bersama Perdana...
  • Mahir Berbahasa Tamil

    Tindakan Rubainah Saruji, 56, menegur dua pemuda India sewaktu menaiki bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur tahun lepas nyata memeranjatkan mereka. Tidak menyangka wanita Melayu ini memahami percakapan mereka dalam bahasa Tamil, kedua-dua pemuda berkenaan terus terdiam kerana terkejut. Lebih membanggakan, ibu kepada enam anak ini juga bukan sahaja mampu bertutur dalam bahasa Tamil...
  • SL1M Sasar Latih 25,000 Graduan

    Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) menyasarkan untuk membantu 25,000 graduan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam sektor berlainan dan sekaligus mendapat pekerjaan.  Sejak diperkenalkan pada 2011, sebanyak 140,860 graduan telah mendapat latihan di bawah SL1M. Menurut Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Ismail, pihaknya yakin jumlah graduan yang disasarkan ini akan mendapat latihan...
  • PDRM Bertutur Bahasa Mandarin

    Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan berbangsa Cina digalakkan untuk belajar Mandarin memandangkan bahasa ini antara bahasa paling banyak dituturkan di seluruh dunia, menurut akhbar Sin Chew Daily. Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, DCP Dato' Yong Lei Choo berkata, pelbagai pelan telah dirancangkan untuk para pegawai mempelajari bahasa itu.  Antaranya...
  • Pesta Emping Imbau Nostalgia

    TAMPIN – Sawah bendang yang sudah bertukar menjadi kebun sayur serta ladang tidak mematahkan hasrat penduduk di Kampung Ulu Yuh, di sini, untuk meneruskan tradisi pesta mengemping warisan nenek moyang mereka. Suasana pesta yang meriah bukan hanya daripada selingan tumbukan lesung, bahkan sesekali jeritan dan latahan penduduk apabila bunyi bertih digoreng semakin bertalu-talu. Ketua Umno...
  • Boleh Bercakap Tiga Bahasa

    Lee Ho Chu, 63, atau lebih mesra dengan panggilan Ucong bukan lagi nama yang asing di kalangan penduduk Langkap. Dia dikenali ramai kerana memiliki perniagaan dengan nama yang pelik iaitu Kedai Gunting Rambut Rambut Bola. Namun, faktor utama yang membuatkan warga emas ini dikenali di kalangan penduduk di sana ialah kerana kebolehannya menguasai tiga bahasa bangsa utama Malaysia...
  • Orang Perak Latih Orang UK

    Ahmad Nizam Yusof, 37, telah berjaya melahirkan kira-kira 25,000 pemain hoki pelbagai peringkat usia sepanjang tempoh beliau menetap di United Kingdom.  Nizam yang sudah 13 tahun menjadi jurulatih kelab hoki terkenal Uddingston Hockey Club, di daerah South Lanarkshire, Scotland berhijrah ke negara itu selepas mendapat tawaran sebagai pengurus Teknologi Maklumat sebelum melatih enam...
  • #LensaNegaraku: Faiz Dickie

    “Sewaktu pertemuan itu, kami meminta agar diberikan sedikit dana supaya dapat digunakan untuk melaksanakan projek #LensaNegaraku dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bersetuju untuk memberikan sedikit sumbangan.” Nazrul Faiz atau lebih dikenali sebagai Faiz Dickie menceritakan kembali detik-detik awal penglibatannya dalam projek ini selepas pertemuan bersama Najib di sebuah kafe di...