| Share: |
Video terbaru saya menjawab soalan dari Acik Clunk:
Adakah lepasan SPM yang gagal boleh mendapat pekerjaan dengan kerajaan? Ramai lepasan SPM yang ada sekarang pekerjaan mereka di mana-mana syarikat dipandang remeh..
Selamat menonton video di bawah. Video jawapan saya kepada soalan-soalan yang lain boleh didapati di sini:
Transkrip Kelulusan SPM
Mereka yang mempunyai kelulusan SPM perlu mencari jalan untuk mengambil kursus-kursus tambahan samada di kolej-kolej kemahiran dan vokasional ataupun mereka boleh bekerja di syarikat-syarikat yang akan memberi mereka latihan dalam bidang kemahiran tertentu.
Sebab kalau kita terus kekal dengan kelulusan SPM sahaja, ini tidak akan memberi kita peluang pekerjaan yang lebih lumayan. Tapi jika kita mempunyai kemahiran tertentu, dan kemahiran itu dipertingkatkan lagi, umpamanya dari level 1 ke level 2 ke level 3 bererti bahawa kita akan mendapat pendapatan yang lebih selesa.
Jadi saya ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia lulusan SPM untuk mencari jalan tidak kira samada dalam kursus yang ditawarkan oleh pihak kerajaan ataupun pihak swasta. Tidak kira pada peringkat awal atau peringkat rendah, tapi jika mereka terus tekun berusaha, mereka pasti akan dapat mempertingkatkan kemahiran yang ada kepada peringkat yang lebih tinggi lagi.