S & J Dengan Perdana Menteri (Talent Corporation) | 1MALAYSIA


Share:
Share on Facebook
 Blog
S & J Dengan Perdana Menteri (Talent Corporation)
Januari 14th, 2011 by Najib Razak

Video terbaru saya menjawab soalan dari En. Zarul:

Saya adalah antara ratusan ribu rakyat Malaysia yang kini bekerja di luar negara. Apakah strategi utama Talent Corp bagi meyakinkan kami agar kembali ke Malaysia untuk mencari untuk mencari rezeki dan mendapat kehidupan yang “selesa” seperti di luar negara.

Selamat menonton video di bawah. Video jawapan saya kepada soalan-soalan yang lain boleh didapati di sini:

Transkrip Talent Corp

Talent Corp telah memulakan tugasnya pada 1 Januari dan antara fokus Talent Corp adalah untuk berhubung dengan rakyat Malaysia yang sedang bertugas di luar negara, supaya mereka dapat mengetahui akan peluang yang ada di Malaysia terutama sekali berkaitan dengan Pelan Transformasi Ekonomi yang sedang kita laksanakan yang mana terdapat begitu banyak Entry Point Projects yang telah dan akan kita umumkan dari masa ke semasa. Tentu sekali ini menunjukkan peluang yang semakin banyak yang terdapat di Malaysia.

Selain daripada itu, dalam usaha kita untuk mentransformasikan negara sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, ini juga bererti bahawa pendapatan rakyat Malaysia juga akan bertambah pada masa-masa yang akan datang.

Jika kita lihat dari sudut keseluruhannya, saya yakin bahawa bekerja di Malaysia juga merupakan satu pilihan yang sangat baik. Selain daripada itu, kita akan cuba meyakinkan mereka yang belum lagi membuat keputusan samada untuk bekerja di Malaysia atau luar Negara supaya mereka memilih untuk bekerja di Malaysia.

Saya yakin dan percaya bahawa apabila ekonomi kita ini berkembang dengan lebih rancak lagi, kita akan dapati bahawa ramai rakyat Malaysia yang berada di luar negara akan berminat untuk pulang ke tanah air dan bekerja di Malaysia.

|
← Go back