India

Sarjan Mejar Awang bin Teh

Sarjan Mejar Awang bin Teh

"Arwah bapa saya dulu anggota polis Bahagian Trafik Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang. Waktu hartal dan rusuhan antara kaum berlaku di sana, pernah sekali dia kena kejar dengan sekumpulan ahli rusuhan di Perak Road. Habis basikal arwah hancur dikerjakan mereka. Tetapi nasib baik arwah ada kawan baik berbangsa Cina di Perak Road yang tolong arwah. Malah, dia juga tolong gantikan basikal baru untuk arwah.

Raja

Raja

"Dari tahun 1986, tiap-tiap tahun kami akan tolong cukur botak rambut hampir 2,000 pengunjung yang datang ke Batu Caves sempena Thaipusam. 

Amalan cukur rambut hingga botak ini adalah untuk tunaikan nazar. Mereka akan mohon dan doa untuk sesuatu, dan bila mereka dapat apa yang mereka minta, mereka perlu tunaikan nazar itu dengan cukur rambut hingga botak."

Manu dan Shan

Manu dan Shan

"Setiap tahun kami terima sumbangan untuk buka Thaneer Panthal, stesen beri minuman percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Bukan minuman sahaja, makanan percuma pun ada, vegetarian food, semua orang pun boleh makan".

Manu dan Shan, sukarelawan yang mengedarkan air percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Ada banyak stesen Thaneer Panthal sekitar Batu Caves daripada pelbagai organisasi yang melakukan kerja amal ini.