1Malaysia1Malaysia

Wednesday, 8 February 2012

 

Deepavali 2011

Posted in BlogCelebration on Date October 24th, 2011 by Najib Razak | Comments View Comments

Menjelang musim perayaan yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia, sekali lagi kita berpeluang untuk menghayati kepelbagaian budaya negara kita yang telah disemai dan dipelihara selama ini. Sesungguhnya perayaan pesta cahaya kali ini adalah istimewa kerana ianya disambut ketika usaha-usaha transformasi negara mula membuahkan hasil. Sambil masyarakat India menyambut hari kebesaran dalam kalendar Hindu ini, kita dapat menyingkap kembali tahun sudah di mana kita semua telah bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk mentransformasikan Malaysia.

Satu perkara yang penting ke arah transformasi negara adalah hakikat bahawa setiap seorang daripada kita terlibat di dalam perjalanan ini. Ia adalah mustahil, tanpa komitmen dan sokongan daripada setiap kumpulan, untuk mencapai hasrat yang kita inginkan bersama untuk Malaysia. Inilah sebabnya Kerajaan sentiasa menekankan penglibatan semua rakyat Malaysia supaya kita sama-sama dapat menggerakkan yang terbaik demi negara kita.

Dalam ini, usaha-usaha Kerajaan dalam penglibatan dan penyampaian terus khidmat kepada masyarakat India telah mula menunjukkan kesannya. Pelbagai inisiatif khas yang telah kita laksanakan sejak dua tahun yang lepas telah membuahkan hasil yang mempunyai impak yang nyata dan positif terhadap individu-individu dan keluarga-keluarga masyarakat India. Ini telah memberikan kami keyakinan untuk memperkukuh serta meluaskan lagi usaha kami supaya dapat menolong semua yang memerlukan bantuan., Dalam hal ini, kami akan mengusahakan inisiatif secara langsung untuk menambah pendapatan di kalangan masyarakat India. Kerajaan juga komited untuk merealisasikan kemahiran perniagaan masyarakat India dan akan melakukan usaha-usaha untuk memupuk potensi ini.

Dalam usaha untuk mencapai wawasan kita untuk menaik taraf kehidupan masyarakat India secara komprehensif, saya memerlukan komitmen dan kepercayaan masyarakat India untuk bekerja bersama saya. Kepercayaan atau nambikeidaripada setiap rakyat Malaysia berketurunan India adalah amat penting dalam menjalin perkongsian penuh dan berkesan di antara Kerajaan dan masyarakat. Ini akan memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk generasi masa kini serta generasi masa akan datang. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru golongan professional dan tokoh-tokoh korporat serta pemimpin masyarakat untuk bekerjasama dengan Kerajaan dan mengenal pasti kaedah-kaedah yang inovatif dan kreatif dalam usaha untuk menambahbaikkan kehidupan ahli komuniti India secara langsung dan positif.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Deepavali Vaalthukaldan Selamat Hari Deepavali kepada rakyat Malaysia beragama Hindu. Marilah kita bersama-sama dengan sahabat handai meraikan perayaan ini dengan harapan bahawa ia akan membawa cahaya kebahagiaan dan keharmonian kepada semua rakyat Malaysia.

Selamat Hari Deepavali.

Tags: ,

|

  • http://www.medimec.com.my Amran

    syabas bapa transformasi, kami belia hindu sentiasa bersama mu,

  • Z_idaz

    Salam.

    Dear PM,

    dont u think celebrating deepavali festival is prohibited for us as a Muslim?
    yeah, we wish to happily live together in Malaysian but for me, there is certain boundaries that we should comply.
    Sorry, this is just my opinion.

  • http://www.facebook.com/EnUyIrTeddy Teddy Vaishu

    N!ce :-)

  • Shawn7t8

    Hi fellow Malaysian,

    I would like to know what kind of boundaries would you like. All of us have been given the boundaries that we requested but we are the one not using it. Furthermore, If you can say that Muslims shouldn’t celebrate Deepavali why then The Indians of Chinese need to celebrate Hari Raya. Could you answer to my question…

  • ddd

    swiidjjhhhsjxhjxjkxsbjjdxheikndnjkcjjjdjdjxddededwedccjddjhnnsdjjhhhhhhhjjjjjjkjjjjjvejdiedhiddjejejejejdjddjdbdjdjjjdjejejeieieieiieiejejejejjdhdhebdbrbrhhhdbdnkekeikiicjckdnnenncixideiiidjeoxjddididjidicndjeiekxjjjeejeixiddnjxnixxndxndejjxxdkndjxxbdjxdcdejdididixdjdjxkccnccdjxcjdjdnxndbdjiixjbddkxncdjekdnndnxnjdxddbxnxsdkxjdjdjjjsjdjsjd

  • ddd

    swiidjjhhhsjxhjxjkxsbjjdxheikndnjkcjjjdjdjxddededwedccjddjhnnsdjjhhhhhhhjjjjjjkjjjjjvejdiedhiddjejejejejdjddjdbdjdjjjdjejejeieieieiieiejejejejjdhdhebdbrbrhhhdbdnkekeikiicjckdnnenncixideiiidjeoxjddididjidicndjeiekxjjjeejeixiddnjxnixxndxndejjxxdkndjxxbdjxdcdejdididixdjdjxkccnccdjxcjdjdnxndbdjiixjbddkxncdjekdnndnxnjdxddbxnxsdkxjdjdjjjsjdjsjd