Ibu-ibu mengandung kini boleh menikmati kemudahan kelas pertama untuk bersalin dengan kadar bayaran sebanyak RM3. Sejak dibuka pada 2012, pusat bersalin ini menawarkan perkhidmatan rawatan, bilik, ubat-ubatan dan makanan yang setaraf dengan kemudahan wad kelas pertama untuk bayaran yang jauh lebih murah. Penjawat awam walau bagaimanapun boleh menikmati kemudahan ini tanpa perlu dikenakan sebarang bayaran.

Pusat bersalin ini juga dilengkapi dengan kemudahan rawatan fototerapi dan perkhidmatan klinik antenatal dan ginekologi. Selain itu, pakar-pakar obstetrik, ginekologi dan pediatrik akan bertugas setiap hari demi memastikan para pesakit memperolehi rawatan yang profesional, berkualiti tinggi dan berkesan. Inisiatif ini merupakan salah satu langkah kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Share in: