Klinik 1Malaysia

Klinik 1Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Terdapat 361 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara dan kesemuanya terletak di kawasan strategik yang berdekatan dengan kawasan perumahan. 

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema; rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi dan prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan buka jahitan; serta perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi. 

Dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital, klinik ini sentiasa dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan kemudahan dan bekalan ubat mencukupi. Setiap lawatan dikenakan caj hanya RM1 bagi warganegara dan percuma untuk warga emas. Ia beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti umum dan hujung minggu.

Maklumat lanjut mengenai Klinik 1Malaysia dan lokasi Klinik 1Malaysia boleh didapati dalam peta interaktif di bawah atau di sini.

Video Infografik

Video Testimonial