Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Bagi meringankan kos sara hidup rakyat, KKR1M telah ditubuhkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membeli kain untuk dijadikan pakaian harian, langsir serta keperluan-keperluan lain. KKR1M menawarkan fabrik berkualiti tinggi dan pakaian pada harga rendah, dengan diskaun sehingga 70%. Ketika ini, terdapat 30 KKR1M disediakan di seluruh negara.