eKasih

eKasih ialah Bank Data Kemiskinan Nasional yang telah memenangi Anugerah Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sistem ini digunakan oleh agensi-agensi terlibat bagi memastikan agihan bantuan yang adil untuk setiap penerima dana; dan tiada pertindihan dalam pengagihan bantuan dengan program kemiskinan lain. Ia terhad untuk isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 sebulan di bandar.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai eKasih, layari sini.