| Share: |
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno menghadiri majlis bacaan Yasin dan Tahlil sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Khamis malam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas perdana menteri Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Majlis bacaan Yasin dan Tahlil itu dipimpin oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas solat Maghrib.
Sumber : Bernama
Tags: UMNO