Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Perdana Menteri Berlepas Ke London Untuk Lawatan Kerja Dua Hari
Mei 14th, 2012 by Najib Razak

SEPANG, 14 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlepas ke London, United Kingdom Ahad untuk lawatan kerja dua hari mulai Isnin.

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.15 malam.

Lawatan Najib ke London adalah atas jemputan Putera Wales, Putera Charles bagi menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.

Penganugerahan tersebut adalah amat signifikan memandangkan ia merupakan kali pertama ia diberikan kepada mana-mana institusi Islam di United Kingdom sejak penganugerahan Piagam Diraja oleh pihak diraja United Kingdom sejak tahun 1231.

Source : Bernama

Tags:

|
blog comments powered by Disqus