Najib Umum Penubuhan Institut Wasatiyyah | 1MALAYSIA


Share:
Share on Facebook
 Blog
Najib Umum Penubuhan Institut Wasatiyyah
Januari 17th, 2012 by Najib Razak

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah bagi memupuk sifat kesederhanaan dan kesimbangan dalam semua aspek kehidupan.

Institut itu akan beroperasi sebagai sebahagian daripada Pejabat Perdana Menteri, katanya dalam ucap utama pada persidangan antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM).

Bagi menerajui usaha ini di peringkat antarabangsa, Perdana Menteri melancarkan Yayasan Pergerakan Moderat Global sebagai sebuah pusat mengumpul dan menyebar maklumat serta bahan kempen bagi badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan yang mahu menentang ekstremisme.

Najib berkata Pergerakan Moderat Global tidak harus dilihat sebagai satu inisiatif eksklusif oleh Malaysia tetapi ianya adalah satu tambahan kepada inisiatif lain ke arah mewujudkan dialog dan kerjasama global, umpamanya Perikatan Ketamadunan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

“Ini bukan satu kempen bagi mereka yang tidak berhati waja, tetapi kita tidak boleh membiarkan saat-saat ini diatasi golongan pelampau, sehinggakan hanya mereka yang kuat bersuara akan mendapat hasilnya,” kata beliau.

Sepatutnya, kata Perdana Menteri, golongan berpendirian sederhana di serata dunia yang harus berdiri teguh dan bangga bagi menghalang tarikan pelampau.

Najib berkata bahawa bagi menarik ahli ilmiah, Kursi Wasatiyyah akan diwujudkan dan akan beroperasi di bawah Universiti Malaya.

Katanya penyandang kursi itu akan diumumkan kemudian.

Source : Bernama

Tags: , , ,

|
← Go back