banner-about_0.jpg

Ogos 4th, 2017

MELAKA, 3 Ogos (Bernama) -- "Saya sangat bersyukur kerana menerima bantuan membaik pulih rumah saya yang telah uzur ini. Kalau hendak harapkan pihak pembangkang memang sampai bilapun kami duduk di rumah uzur," demikian ungkap Mohd Sah Akop, warga emas dari Kampung Solok Bukit Piatu di sini.

Mohd Sah, 81, menerima bantuan berjumlah RM10,000 untuk membaik pulih rumahnya menerusi program e-Kasih selepas masalah yang dihadapi mereka diadukan kepada jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung kawasan berkenaan.

Dia yang tinggal berdua dengan anak lelakinya Mohd Nor, 41, berkata mereka akan keresahan apabila hujan kerana bumbung rumah yang bocor selain sebahagian dinding rosak.

"Sekurang-kurangnya saya dapat menghabiskan sisa hidup ini dengan lebih selesa. Terima kasih saya ucapkan pada pihak kerajaan dan UMNO di kawasan ini kerana masih mengambil berat masalah kami," katanya ketika ditemui selepas pelancaran program baik pulih rumah secara gotong-royong peringkat Parlimen Bukit Katil di sini, hari ini.

Share in: