banner-about_0.jpg

Mei 16th, 2017

PASIR PUTEH 15 Mei – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggalakkan peserta Azam Bandar supaya mengambil peluang keemasan menjana pendapatan masing-masing dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan sepanjang bulan Ramadan ini.

Setiausaha Bahagian Kesejah­teraan Bandarnya, Datuk Hafid­zah Hassan berkata, sebanyak 850­ peserta yang mengikuti latihan perniagaan yang diadakan pihaknya mampu menjana pendapatan dengan mengambil peluang tersebut tidak lama lagi.

Beliau berkata, peserta yang me­rupakan golongan miskin bandar dipilih melalui data e-Kasih telah menjalani kursus selama seminggu dalam konteks pembangunan mo­dal insan dan turut diberikan ilmu keusahawanan serta pengurusan kewangan bagi memastikan mereka mampu untuk bersaing dalam pasaran terbuka.

“Kami yakin peserta lebih bersemangat dan menyedari peluang­ menjana pendapatan selepas me­n­gikuti kursus yang dikendali­kan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah kementerian dan Pertubuhan Mahabbah Malaysia (Mahabbah).

“Bekalan peralatan juga di­agih­kan bagi membolehkan me­reka me­mulakan perniagaan bermula dari rumah sepanjang bulan Ramadan nanti. Kegigihan usaha adalah petua kejayaan dan peserta perlu mengikis sikap malu, selain mencari peluang menghasilkan produk yang diperlukan pengguna sepanjang bulan puasa nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Program Azam Bandar 2017 Projek Harapan di sini baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Pengarah (Teknikal) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)­, Kahadi Hasan.

Yang turut hadir Pengerusi Maha­bbah, Azzah Muyassarah Asat.

Program berkenaan dihadiri 128 peserta Azam Bandar 2017 dari Zon Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Hafidzah berkata, antara bidang perniagaan yang menjadi tumpuan peserta Azam Bandar ialah makanan dan minuman.

Share in: