banner-about_0.jpg

September 5th, 2017

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mempertimbangkan lapan syarikat untuk mengendalikan Program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya masih di peringkat perbincangan dengan semua syarikat itu sebelum pemilihan akhir dibuat dalam masa terdekat.

“Kami harap syarikat diberi tanggungjawab kendalikan KR1M 2.0 itu mampu galas amanah dengan baik.

“Kami tidak menolak kemungkinan ada lebih satu syarikat yang dilantik,” katanya selepas merasmikan Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Loji Penapisan Hengyuan Refining Company (HRC) di sini, semalam.

Sebelum ini, Hamzah memaklumkan KR1M 2.0 akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk membantu menangani kos sara hidup rakyat. Namun, kriteria yang perlu dipatuhi operator baharu yang berminat mengendalikan program itu masih belum ditentukan.

KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2011 untuk mengurangkan beban rakyat selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan. 

Share in: