banner-about_0.jpg

March 6th, 2017

Seramai 6,320,769 penerima layak mendapat bantuan BR1M untuk tahun 2017. Ia mula diberikan secara berperingkat-peringkat bermula 18 Februari dalam bentuk baucar dan 22 Februari ke akaun bank masing-masing.

 

Dari segi kumpulan umur, golongan 21 hingga 30 tahun dan yang berumur 61 tahun ke atas adalah kumpulan paling ramai diluluskan.

Seramai 3,242,048 pemohon bantuan adalah dari golongan isi pendapatan rumah bawah RM3,000, manakala 291,918 pemohon isi pendapatan rumah antara RM3,001 hingga RM4,000 serta 2,786,803 pemohon bantuan kategori individu bujang berpendapatan bawah RM2,000. 
 

 

Bagi mereka yang gagal dalam permohonan BR1M 2017, tempoh rayuan dibuka antara 3 April hingga 31 Mei ini. Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk Pusat Khidmat Hasil dan Urban Transformation Centre (UTC) terdekat dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti penyata gaji, penyata pendapatan, penyata akaun bank syarikat atau persendirian serta salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan terkini seperti termaktub dalam surat atau email diterima.

 

Selain itu, penerima sedia ada juga boleh mengemaskini maklumat waris dan alamat surat-menyurat dalam tempoh rayuan.
 
Sila klik di sini untuk memuat turun borang rayuan BR1M 2017. Cetak, isi dan serah borang rayuan bersama dokumen yang diperlukan di kaunter LHDN berdekatan. Jangan lupa untuk menyemak dahulu Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BR1M 2017 mengikut hari dan masa yang ditetapkan.
 
Untuk mendapatkan maklumat mengenai jumlah kadar, syarat-syarat dan dokumen diperlukan untuk membuat permohonan BR1M, anda boleh memperolehinya di siniAtau, anda juga boleh langgani buletin 1Malaysia untuk maklumat terkini.

Jika anda ingin mencari senarai lokasi pejabat Lembaga Hasil dalam Negeri atau cawangan berdekatan anda, layari http://1malaysia.com.my/product/br1m-bantuan-rakyat-1malaysia.

(Artikel ini telah dikemaskini pada 4 April 2017)

Share in: