| Share: |
20 Febuari 2012 – Lawatan Rasmi Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra
Sewaktu melakukan lawatan pertama beliau ke Malaysia baru-baru ini, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan saya telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dalam enam bidang – industri automotif dan getah, keselamatan makanan dan tenaga, minyak & gas, dan pelancongan.
24 Febuari 2012 – Sehari di Melaka

Sewaktu berada di Melaka, saya telah berpeluang untuk bertemu dan menyerahkan surat tawaran kepada bakal penghuni Perumahan Awam (PPR) di Batu Berendam, Sungai Putat. Unit pangsapuri berharga RM148,000 akan dijual pada harga RM35,000 sahaja setiap satu, dimana perbezaannya akan disubsidi oleh Kerajaan.
25 Febuari 2012 – Tinjauan Mesra di Kedah
Sewaktu menghadiri Perhimpunan Perpaduan Persatuan Silat Pusaka Gayong Malaysia di Gurun, saya telah dikurniakan suatu anugerah istimewa oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM). Apa yang lebih penting adalah saya telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membantu untuk mempromosikan Silat sebagai satu warisan yang dibanggakan.
Saya juga telah diberi penghormatan untuk melancarkan sebuah sekolah Siam di Watt Titi Akar di Pendang. Kerajaan bersedia untuk menangani kekurangan yang mungkin dihadapi oleh masyarakat Siam.
26 Febuari 2012 – Sehari di Selangor
Sewaktu melawat Bagan Nakhoda Omar, saya telah menjelaskan bahawa orang-orang dari kumpulan pendapatan sederhana dan rendah pertengahan tidak dilupakan di bawah konsep 1Malaysia yang bersifat menyeluruh. Mereka akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara melalui pelbagai program pembangunan serta bantuan terus dari kerajaan BN.
Tags: 1Malaysia, Community, Housing, International Affair, Unity, Walkabout