Imbasan 1Minggu (16 – 22 Jan 2012) | 1MALAYSIA


Share:
Share on Facebook
 Blog
Imbasan 1Minggu (16 – 22 Jan 2012)
Januari 28th, 2012 by Najib Razak

17.1.2012
Hari ini merupakan hari bersejarah buat dunia dan Malaysia, dengan terlancarnya Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global yang julung-julung kali diadakan di Kuala Lumpur, dengan Malaysia sebagai tuan rumah. Anda boleh baca teks penuh ucaptama saya di sini atau tonton siri video ucaptama saya di sini. Gambar-gambar persidangan pula di sini.

19.1.2012

Saya telah menerima kunjungan sekumpulan Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fullbright dari Amerika Syarikat di pejabat saya hari ini dan sewaktu hidangan minum petang, saya telah menyatakan pada mereka bahawa Malaysia memberi penekanan yang lebih terhadap Bahasa Inggeris kerana ia adalah penting untuk meningkatkan daya saing rakyat Malaysia.

20.1.2012

Hari ini saya telah melakukan tinjauan mesra ke Wilayah Persekutuan hari ini, di mana antara lain, saya telah melawat SMK (C) Chung Hwa, serta bertemu penduduk Kampung Puah Lembah di Wangsa Maju dan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Lembah Pantai.

21.1.2012

Saya telah menghadiri perjumpaan dengan penjawat awam negeri Pahang di Kuantan di mana saya telah memaklumkan bahawa jawatankuasa khas telah diberi masa tiga bulan untuk mengkaji semula Perkhidmatan Awam Skim Saraan Baru (SBPA).

Sewaktu melancarkan Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Tanjung Lumpur, saya telah mengumumkan bahawa bahawa nelayan di seluruh negara akan menerima bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk membaiki rumah-rumah mereka.

22.1.2012

Saya telah bertemu dengan ahli-ahli Komuniti Sekolah Tamil Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kinrara. Saya telah menyatakan perlunya diadakan satu sidang khas bagi membincangkan dan merumuskan satu pelan tindakan masa depan bagi sekolah-sekolah Tamil di Malaysia.

Tags: , , , ,

|
← Go back