Di mana ada kawan, di situ tempat berjalan | 1MALAYSIA


Share:
Share on Facebook
 Blog
Di mana ada kawan, di situ tempat berjalan
April 3rd, 2011 by Najib Razak

Saya sentiasa percaya bahawa seseorang pemimpin itu mesti mengikut peredaran zaman.  Oleh sebab itu, semenjak mengambil alih pentadbiran kerajaan, saya telah menggunakan beberapa wadah yang sangat  mudah dihubungi – secara dalam talian mahupun sebaliknya – untuk melibatkan anda semua, rakyat, berhubung isu-isu di luar  sana serta isu-isu yang sangat dekat di hati anda.

Jadi bila saya mula  menerima begitu banyak permintaan daripada rakan-rakan dalam talian saya dari seluruh pelosok Malaysia untuk mengadakan pertemuan di luar Putrajaya dan Kuala Lumpur, saya mengambil keputusan akan melakukannya.  Sejak tiga minggu yang lalu, saya telah meluangkan waktu saya pada setiap hari Sabtu mengunjungi tempat-tempat yang berbeza di  Sarawak, Johor dan Pulau Pinang untuk bertemu rakyat.

Sehingga kini, saya telah berjaya berhubung dengan beratus-ratus rakan-rakan dalam talian daripada tiga acara  pertemuan Mari Berjumpa, Mari Berhubung. Begitu istimewa dapat bertemu mata dengan rakyat yang telah berhubung dengan saya di Facebook dan Twitter.  Saya dapat bertemu anda semua sebagai individu sebenar dan bukannya gambar-gambar profil yang kecil!  Saya ingin menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir di pertemuan-pertemuan ini dan saya sungguh terharu dengan sambutan yang sungguh mesra yang diberikan kepada saya di Kuching, Kluang dan Bayan Lepas setakat ini.  Saya sungguh gembira sepanjang pertemuan kita ini dan berharap akan dapat mengadakan lebih banyak pertemuan seperti ini lagi.

Lebih banyak kunjungan yang akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini dan undangan ke acara pertemuan ini akan dihantar.  Jika anda ‘sukakan’ laman Facebook saya dan ingin membawa interaksi dalam talian kita ini ke tahap yang lebih jauh lagi, berdaftarlah dengan Mari Berjumpa, Mari Berhubung.  Seperti yang telah saya jelaskan semasa sesi bersama kita yang lalu, jika anda tidak dapat datang untuk bertemu saya, saya akan cuba berkunjung untuk bertemu anda.

Tags:

|
← Go back