#LENSANEGARAKU

 

Dari 1957 hingga kini, banyak perubahan yang dapat kita lihat hasil idea dan kreativiti anak-anak Malaysia. Daripada pemuliharaan alam sekitar, keindahan flora dan fauna hinggalah kepada pembangunan dan kemajuan negara, semuanya adalah milik kita bersama. Inilah apa yang dibawakan oleh #LensaNegaraku, lensa yang mengingatkan kita erti keseronokan, kenikmatan dan kebanggaan menjadi seorang rakyat Malaysia. 

Diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak ketika bertemu dengan jurugambar-jurugambar muda popular di Bangi pada 17 Mei 2017, #LensaNegaraku adalah janji YAB Dato’ Sri Najib Razak kepada mereka untuk menyediakan sebuah platform khas untuk mereka berkongsi bakat dan hasil kerja masing-masing. 

#LensaNegaraku menampilkan hasil kerja Adly Aizad, Faiz Dickie, Abeden, Taufiq Nazri, Z.Own dan Syafiq Salleh yang telah mengembara ke lokasi-lokasi menarik di seluruh negara untuk mengabadikan saat-saat Negaraku, Kebanggaanku.

Ingin lihat lebih banyak gambar? Ikutilah Instagram @1Malaysia_Official dan gunakan hashtag #LensaNegaraku untuk melihat saat-saat Negaraku, Kebanggaanku.

 

 

Shafiq Saleh

  • Jurugambar Profesional
  • Kurator untuk 1Malaysia Lokallense pada Oktober 2016
  • Jurugambar rasmi untuk Adidas (Malaysia) 

Adly Aizad

  • Jurugambar Profesional
  • Pemenang Airasia Asean Traveler (2015) di bawah kategori Artis Instagram

Nazrul Faiz (Faiz Dickie)

  • Pengasas komuniti Village People
  • Pemenang Personaliti Online Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015
  • Dicalonkan pada Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 sebagai Selebriti Media Sosial Pilihan Online

Hishamudin Hashim (Abeden)

  • Jurugambar Profesional
  • Kurator untuk 1Malaysia Lokallense pada Jun 2016

Taufiq Nadzri

  • Jurugambar Bebas
  • Kurator untuk 1Malaysia Lokallense pada September 2016
  • Jurugambar rasmi untuk Universal Music (Malaysia) dan kumpulan Bunkface

Kamarulzaman (Z Own)

  • Pengasas TheMalaya Photography
  • Kurator untuk 1Malaysia Lokallense pada Ogos 2016

Semua ruangan wajib diisi dengan lengkap