Blogs Category

Visi saya tentang 1Malaysia termasuk juga tentang negara yang rakyatnya telah mengayakan kehidupan mereka melalui usaha mendapatkan dan menggunakan pengetahuan secara positif. Proses pendidikan seumur hidup yang dilakukan di dalam dan luar bilik darjah akan membentuk rakyat Malaysia yang berupaya berfikir dan bertindak tanpa terlalu mementingkan diri sendiri, malah lebih mementingkan masyarakat setempat mereka.

Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pandangan saya terhadap Pendidikan sebagai satu nilai 1Malaysia. Anda juga boleh membaca transkrip di bawah.

PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Maka apabila anda bercakap tentang pendidikan dan pengetahuan, ia mesti dilihat dalam konteks holistik. Ia juga mesti disepadukan dengan nilai. Anda mesti memiliki masyarakat yang menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Jika anda hanya berharap kepada buku teks formal, anda tidak akan menimba ilmu sebagaimana sepatutnya. Tetapi jika diri anda berbudaya membaca, tabiat membaca ini sama ada melalui buku atau pun internet, maka anda akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia. Dan saya ingin melihat minda rakyat Malaysia berterusan terbuka.

Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalm negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untruk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masaalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa China akan memasuki sekolah China dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.

Comments (125)add comment
 1 2 3 4 5 >  Last ›
swee yenn perng: Improvement in education
Waiting for more improvement in education without going narrow direction. your performance as a prime minister is not bad. The improvement of malaysia has increased alots in these years.
1

January 28, 2010
Jay My: Race supremacy unchecked
With Malay nationalist Perkasa group around, 1Malaysia is just a rhetoric.
What next? Ku klux Klan ala Malaysia?

2

January 25, 2010
Luahan: Permudahkan urusan pertukaran guru antara negeri
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya agak terkilan kerana tidak dapat bertukar mengikut suami walaupun telah membuat rayuan disertai dengan surat sokongan pengetua. Saya amat berharap perkara ini ditekankan kerana pertukaran untuk mengikut suami adalah alasan yang paling munasabah tidak kira samada guru itu baru posting ataupun sudah lama. Hal ini kerana saya dapati ramai gstt yang berkhidmat di kebanyakan sekolah dan ini menunjukkan bahawa masih terdapat kekosongan yang sepatutnya diisi oleh guru terlatih. Saya berharap pihak berkenaan mengambil berat akan keadaan ini terutamanya untuk pertukaran ke negeri kedah, perlis, terengganu dan kelantan.
3

January 03, 2010
arief fikry bin yusof: tolong buka semula pengambilan bagi DPLI.
Saya pelajar kejuruteraan yg tiada kerja tetap. Kontrak guru siswazah saya tamat pada Dis 2009. Saya sangat berminat untuk menjadi guru tetap dan saya dimaklumkan bahwa DPLI tidak lagi dibuka hingga ke tarikh yg akan diberitahu kelak. Bukan saya saja, ramai lagi graduated student yg tak berupaya mendapatkan pekerjaan dan sangat berminat untuk berkhidmat dengan kerajaan demi masa depan yg lebih terjamin. Tolong la.
4

December 28, 2009
Suhaidah binti Bejan: wujdkan semula KDC
Assalamualaikum DSN..
Kami warga gstt yang masih terus ingin berbakti dalam bidang pendidikan merasa sedih akan keputusan kerajaan untuk menghentikan KDC.hanya itulah laluan kami untuk mendapatkan jawatan tetap dalam bidang pendidikan selain DPLI N KPLI. diharap agar DSN menimbangkan kembali untuk membuka semula KDC untuk membela nasib kami..mendidik merupakan minat dan cita2 saya dari kecil lagi namun rezeki masih belum memihak kepada saya.namun saya akan terus mencurahkan bakti saya kepada anak bangsa sehingga ke akhir hayat. sekian..
5

December 04, 2009
Suhaidah binti Bejan: Bela nasib GSTT melalui KDC
Assalamualaikum DSN..
Saya merupakan salah seorang guru GSTT di daerah Hulu Selangor.mendidik merupakan cita-cita saya dari kecil namum rezeki masih belum memihak kepada saya.kami warga GSTT sangat sedih apabila mengetahui DPLI N KDC ditutup untuk sementara waktu sedangkan hanya itulah peluang kami untuk menjadi guru tetap.Bahkan jika dilihat pada pengambilan DPLI lalu terdapat calon yang tidak layak telah dapat mengikuti kursus DPLI tersebut.kami warga gstt yang mempunyai ijazah dan mempunyai pointer yang tinggi merasa sedih kerana tidak terpilih untuk mengikuti program tersebut. Diharap DSN mengambil langkah bijak untuk meneruskan semula KDC untuk kami warga gstt bagi menampung keperluan guru yang semakin bertambah..Sekian.
6

December 04, 2009
KMD: wujudkan semula KDC
Salam DSN,saya memohon jasa baik di pihak kerajaan pimpinan DSN agar mengadakan semula kursus dalam cuti(KDC)bagi gstt yang telah mempamerkan hasil kerja yang cemerlang.Tempoh berkhidmat lebih dari 2tahun selain sokongan pihak sekolah dan PPD rasanya sudah membuktikan kewajaran seorang gstt diserap sebagai guru tetap.terima kasih
7

November 15, 2009
vincent: adakan semula kdc utk gstt
saya merupakan seorang gstt yang mengajar di sebuah sekolah rendah selama 2 tahun.Menjadi seorang guru merupakan cita-cita saya dari dulu lagi,saya sangat suka berkongsi pengetahuan saya dengan murid-murid.Disamping itu,saya juga mendapat banyak pengetahuan yang extra dari mereka.Jadi apabila saya tahu yang kdc untuk gstt akan dihentikan,saya sangat terkejut.harap-harap kdc ini boleh diteruskan lagi seperti dahulu.tapi walau bagaimanapun,saya tetap akan mengajar sampai bila-bila pun.begitu juga dengan gstt yang lain yang seperti saya sangat berminat untuk mengajar.
8

November 04, 2009
asdya2002: GSTT- KDC
DSN, saya adalah seorang GSTT di Sek Men Harian. Saya telah pun memohon KPLI dan DPLI tetapi tidak berjaya. Saya harap Kementrian akan wujudkan dan memberi peluang kepada GSTT ini untuk mengikuti program KDC. Ini kerana GSTT sepatutnya diberi peluang menjadi guru tetap dan bukannya sekadar melepas batuk ditangga.Mojoritinya, yang menjadi guru gstt adalah berdasarkan minat dan sanggup mendidik anak bangsa. ada GSTT yang telah berkhidmat sehingga 3 4 tahun tetapi masih menunggu khabar gembira dari kementrian sehingga kini.Harap DSN mempertimbangkan permohonan dan membela nasib golongan gstt. Sekian Terima KAsih..
9

October 31, 2009
Farid Ghani: Kem 1Malaysia Negeri Selangor di SK Semenyih
SK Semenyih, Selangor telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Selangor (Pusat Kokurikulum Negeri Selangor) untuk diadakan Kem 1Malaysia. Kem yang akan disertai seramai 60 murid dari pelbagai kaum ini akan berjalan mulai 20 Oktober hingga 23 Oktober 2009 di SK Semenyih.

Kem seperti ini diharap dapat memberikan kefahaman kepada murid2 akan konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

YAB diharap dapat mendoakan kem ini berjalan dengan lancar sebagai satu usaha mencapat matlamat 1Malaysia.

Terima kasih, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
10

October 19, 2009
 1 2 3 4 5 >  Last ›

Write comment
You can add your comment here

busy