Login – SPGATM Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia

SPGATM login online untuk buat semakan gaji, login sistem penyata gaji dan pendaftaran dalam aplikasi khas untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dengan adanya Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia SPG ATM ini, anggota tentera kini boleh akses maklumat elaun dan gaji secara atas talian, lebih mudah hanya perlu login online tanpa perlu berurusan secara manual.

SPGATM Online

Berikut adalah cara mudah untuk anda login ke SPGATM UGAT Mil My :

  1. Pergi ke portal rasmi https://spgatm.ugat.mil.my/
  2. Isi Nama Pengguna (Username) dan tekan Teruskan
  3. Jika anda terlupa nama pengguna anda, sila tekan bahagian Lupa Nama Pengguna

Login spgatm

Pendaftaran SPGATM

Untuk daftar masuk sistem penyata gaji SPGATM ATM online ini, berikut adalah caranya.

Sila layari portal https://spgatm.ugat.mil.my/. Isikan nombor tentera, nombor IC dan email yang sah untuk pendaftaran.

Bagi tujuan keselamatan, sila tukar nama pengguna dan kata laluan anda.

Masalah Login

Apa perlu buat jika ada masalah akses terhadap sistem SGATM?

Sila hubungi Pegawai Gaji di tempat anda bertugas dan kemukakan masalah tersebut.

Macam mana cara untuk dapatkan Penyata Gaji & Borang EC yang lama?

Untuk penyata gaji & Borang C sebelum APRIL 2019 adalah secara manual iaitu hardcopy dalam 3 salinan. Satu penyata salinan dikeluarkan kepada setiap anggota dan pegawai manakala salinan yang lain disimpan oleh Pihak UGAT & Pejabat Gaji Pasukan.

Maklumat Lanjut & Hubungi

Jika anda mempunyai sebarang untuk online login SPGATM ini dan masalah tentang gaji angkatan tentera Malaysia, anda boleh hubungi :

  • Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur
  • Aduan sila email : ugat.aduan@mod.gov.my

Leave a Comment