1Malaysia

Datuk Santokh Singh

Datuk Santokh Singh

“Saya harap rakyat atau semua orang merasakan apa itu sebenarnya 1Malaysia. 1Malaysia ialah mengenai perpaduan semua bangsa, bukan satu-satu bangsa tetapi semua bersama.

Pengalaman terbaik saya tentulah kejayaan layak ke Olimpik. Itulah perpaduan, satu pasukan bermain bersama untuk menang dan bermain untuk negara. Dan bermain untuk rakyat Malaysia. Itu adalah sesuatu yang takkan saya lupakan sehingga ke hari ini.”

Raja

Raja

"Dari tahun 1986, tiap-tiap tahun kami akan tolong cukur botak rambut hampir 2,000 pengunjung yang datang ke Batu Caves sempena Thaipusam. 

Amalan cukur rambut hingga botak ini adalah untuk tunaikan nazar. Mereka akan mohon dan doa untuk sesuatu, dan bila mereka dapat apa yang mereka minta, mereka perlu tunaikan nazar itu dengan cukur rambut hingga botak."

Manu dan Shan

Manu dan Shan

"Setiap tahun kami terima sumbangan untuk buka Thaneer Panthal, stesen beri minuman percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Bukan minuman sahaja, makanan percuma pun ada, vegetarian food, semua orang pun boleh makan".

Manu dan Shan, sukarelawan yang mengedarkan air percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Ada banyak stesen Thaneer Panthal sekitar Batu Caves daripada pelbagai organisasi yang melakukan kerja amal ini.

Ally Schact

Ally Schact

"I've been here in Malaysia for about 2 weeks. Batu Caves and Thaipusam festival is very famous, so I took the opportunity to come and see for myself. I'm not an artist, drawing is just a hobby I've had since I was small.

Although this is not my religion, the thing that I admire the most is the determination of the people, the things that they do for their god. It is extraordinary."

Mohamad Halim Hussin

Mohamad Halim Hussin

"Saya mula memohon PR1MA daripada Januari 2015, PR1MA Kuala Ketil ini yang pertama mohon dan terus dapat. Selang beberapa hari lepas pohon, saya dapat tawaran kerja di Kedah. Orang kata macam 'everything came together.' Alhamdulillah rezeki. Memang perancangan saya nak pulang kampung halaman. Saya rasa PR1MA cukup bagus, terutamanya untuk golongan muda."

Larry Yeong

Larry Yeong

“I have many friends who love to volunteer many different causes, who are very passionate about making our nation a better place. However, without a proper platform everyone is just doing on their own thing without proper direction. And this is why I started the Positive group with some friends. To gather like-minded positive individuals who wants to make a break through and a difference in someone else’s lives (and their own!)

Imran Adnan

Imran Adnan

“Selama ini kita hanya didedahkan dengan sambutan Hari Kebangsaan dan kali pertama saya menyedari kemeriahan sambutan penyatuan Semenanjung dan Borneo adalah pada 2010. 
Ketika itu barulah saya mengulang pembacaan mengenai sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara kita. Kita pernah belajar menerusi subjek sejarah tetapi kita tidak pernah menghayatinya.”

Imran Adnan

Abdul Halim Mahmood

Abdul Halim Mahmood

“Saya takkan lupa kemeriahan sambutan Hari Malaysia 2011 di Pulau Pinang. Ketika itu sesi perarakan diadakan di Padang Perbandaran Seberang Perai dan dihadiri masyarakat segenap lapisan umur. Saya berasa sangat bangga dan terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berasa bangga seperti itu. Walaupun cuaca terik, tapi semangat peserta perbarisan dan penonton memang boleh dilihat dan dirasai.”

Abdul Halim Mahmood