Pertandingan Fotografi

Umum

Pertandingan Fotografi 1Malaysia (“Pertandingan”) ini dianjurkan oleh 1Malaysia.com.my (“Penganjur”) dan dibuka kepada umum.

Peserta-peserta terikat dengan terma dan syarat yang termaktub dalam 1Malaysia.com.my dan haruslah menjadi seorang pelanggan 1Malaysia.com.my (“Laman web”). Sila rujuk kepada polisi privasi pada laman web, yang menyatakan bahawa anda terikat dengan terma dan syarat ini.

Kelayakan

Penyertaan ke dalam Pertandingan ini dibuka kepada:

  • Warganegara Malaysia dan;

  • Penduduk tetap Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas dengan nombor kad pengenalan yang sah pada masa Pertandingan dianjurkan (“Peserta”)

  • Kelayakan untuk memenangi pertandingan dibuka untuk semua kecuali keluarga terdekat dan kakitangan agensi-agensi yang dilantik dan juga mereka yang terlibat dalam penganjuran Pertandingan ini.

  • Peserta haruslah memiliki akaun Facebook dan harus menjadi peminat 1Malaysia Official di Facebook untuk melayakkan diri menyertai Pertandingan ini.

Tempoh

Pertandingan ini akan bermula pada 5 September 2014 dan akan tamat pada 6 Oktober 2014 (“Tempoh Pertandingan”).

Hadiah-Hadiah

  • Tiga pemenang akan dipilih sepanjang Tempoh Pertandingan.

  • Peserta diminta menghantar penyertaan mereka di 1Malaysia.com.my.

  • Hadiah-hadiah yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan dan anda boleh melihat sebarang kemaskini dalam halaman Pertandingan di Laman Web.

  • Bukti pengenalan diri yang sah diperlukan.

  • Penganjur akan mengaturkan proses penerimaan hadiah bersama pemenang-pemenang.

Mekanisme Pertandingan

Untuk melayakkan diri ke dalam Pertandingan ini, Peserta haruslah melengkapkan langkah-langkah berikut:

  • Peserta harus mendaftar maklumat yang tepat di dalam borang Pertandingan.

  • Peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda suka.

  • Setiap penyertaan adalah tertakluk kepada pengesahan dari Admin sebelum ianya diterbitkan kepada umum.

  • Penghakiman adalah berdasarkan 30% keputusan umum (“likes”) dan 70% penghakiman dalaman.

  • Pemenang-pemenang akan dimaklumkan menerusi emel.

  • Winners will be notified via email.

  • Pertandingan akan ditutup pada 11:59 (GMT+8) pada 6 Oktober 2014 (Isnin).

Hak-Hak Penganjur

Pihak Penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat Pertandingan tanpa sebarang notis.

Pihak Penganjur dan agensi-agensinya tidak akan bertanggungjawab ke atas:

  • Sebarang kehilangan penyertaan ketika proses bahagian belakang sistem (system backend processing) yang disebabkan oleh masalah seperti, tapi tidak terhad kepada, kerosakan komputer, kehilangan sambungan internet, kekhilafan transmisi dan server atau apa-apa isu yang tidak dapat diramalkan.

  • Sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan kepada komputer, sistem komputer atau peranti Peserta yang berkaitan dengan atau mengakibatkan halangan untuk menyertai Pertandingan ini.

  • Kerosakan terhadap hadiah-hadiah atau sebarang masalah dan/atau kerosakan ke atasnya.

  • Sekiranya berlaku tidak penerimaan atau kelewatan dalam notifikasi kepada pemenang-pemenang.

  • Keputusan, sebaik diumumkan adalah muktamad. Sebarang keputusan Penganjur berkaitan setiap aspek Pertandingan termasuk tetapi tidak terhad kepada jenis Hadiah dan Pemenang akan dianggap muktamad dan konklusif di bawah sebarang keadaan dan tiada bantahan dari Peserta akan dilayan.

  • Pihak Penganjur berhak untuk menentukan sama ada Peserta adalah seorang peserta yang sah dan tidak berniat untuk memanipulsi sistem, contohnya dengan menggodam secara elektronik, menipu atau memanipulasi skor keputusan. Sekiranya Peserta didapati cuba menipu dalam penyertaan Pertandingan, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta bersama imej-imej penyertaannya, dan Peserta lain yang paling hampir dengan skor yang dibatalkan akan dipilih.

  • Pihak Penganjur berhak untuk menerbit, menggunakan nama-nama atau foto-foto pemenang Pertandingan sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti perdagangan tanpa sebarang notis kepada pemenang-pemenang Pertandingan dan pemenang-pemenang Pertandingan tidak berhak ke atas hakmilik atau apa-apa bentuk bahan bayaran.

  • Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, menggantung atau membatalkan Pertandingan ini sekiranya didapati ia tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang, terdapat gangguan teknikal atau sebarang sebab-sebab yang di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha berterusan untuk memperbaikinya.