banner-about_0.jpg

May 18th, 2017

Makanan tradisi Terengganu, nasi dagang sejuk beku keluaran Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (T-Kitchen) akan dipasarkan di Eropah termasuk United Kingdom, tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata pihaknya ketika ini dalam proses rundingan bersama beberapa syarikat di sana.

‘’Rangkaian makanan segera di London iaitu Chicken Cottage akan menjadi salah satu pusat pengedaran untuk nasi dagang sejuk beku.

‘’Kita optimis akan mendapat permintaan yang tinggi kerana pelbagai pilihan hidangan seperti ikan tongkol, udang, ayam dan daging ditawarkan dengan nasi dagang,’’ kata Rudirman.

Tambahnya, hidangan itu juga akan menarik minat masyarakat Muslim di sana seperti Chicken Cottage.

Idea bagi mempromosikan nasi dagang beku itu dicetuskan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika lawatan beliau ke London, tahun lepas.

Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkenalkan makanan tradisional tempatan sebagai salah satu produk pelancongan sempena ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’.

Baru-baru ini juga, Razif turut mempromosikan nasi dagang ke pasaran Australia.

 

(Artikel ini telah diterjemahkan daripada artikel asal)

Share in: