banner-CM.jpg

January 25th, 2017

Bertahun lamanya, Encik Hanafi dan isterinya, Puan Norakamawaty menyewa di Kulim, Kedah bersama empat orang anak mereka. Kedudukan sekolah yang jauh menyebabkan mereka terpaksa menghantar sendiri tiga anak yang bersekolah dalam perjalanan ke tempat kerja. 

Bukan itu sahaja, sebaik sesi persekolahan selesai anak-anak ini harus mengambil bas sekolah untuk pulang ke rumah. Manakala yang paling kecil dihantar ke tabika sementara menunggu pasangan ini selesai bekerja. Ini memakan sebanyak RM450 setiap bulan, kira-kira 10 peratus daripada pendapatan pasangan ini setiap bulan. Nasib tidak menyebelahi mereka.

Itu dulu. Sekarang melalui projek PR1MA, sekolah bukan sahaja terletak 5 km dari rumah malah tabika si kecil hanya di kawasan perumahan sebelah. Ini bukan saja mengurangkan kos malah menjimatkan masa perjalanan keluarga ini untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain. 

Encik Hanafi dan isteri memiliki sebuah rumah PR1MA di Kuala Ketil. Mereka antara 323 pemilik terpilih untuk projek perumahan ini yang menyasarkan keluarga berpendapatan sederhana. Bukan sahaja 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran, mereka juga diberi skim pembiayaan akhir yang menawarkan jumlah pinjaman sehingga 90-100 peratus untuk pembelian rumah.  

Semoga lebih ramai keluarga akan menerima manfaat serupa seperti Encik Hanafi sekeluarga melalui perancangan pemilikan rumah yang strategik dan berpatutan. 

Layari http://www.1malaysia.com.my/product/perumahan-rakyat-1malaysia-pr1ma untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai PR1MA.

Share in: