Nur Hidayat Bin Sariyati
29 February 2016
29 February 2016
Setiap tahun, isteri saya tetap akan mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada saya pada tengah malam 28 Feb walaupun keesokannya 1 Mac. Saya akan menyertai majlis sambutan hari jadi sesiapa sahaja sekiranya ada kerana tiada tarikh khusus untuk saya tahun itu.
Tetapi tanggal 29 Feb yang tiba hanya 4 tahun sekali, memang meriah! Seluruh ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan sekolah dan sepejabat pasti tidak henti-henti mengucapkannya kepada saya. Kerana tarikh itu amat istimewa.”
Itu kisah Nur Hidayat Bin Sariyati yang lahir pada 29 Februari, baru menyambut ulangtahun kelahirannya yang "ke-tujuh" [smiley] Selamat hari lahir kami ucapkan kepada anda!