N. Thanabalan
24 February 2016

“Perpaduan harus bermula dari peringkat sekolah. Jika di sekolah, pelajar semua bangsa dilatih bersama-sama. Kemudian, sama juga di peringkat negeri. Tetapi jika sudah diasingkan dari peringkat sekolah, itu adalah penamatnya. Tiada sesiapa akan bergaul bersama. Mereka harus mula berkawan sejak sekolah, jangan asingkan mereka. Bergaul bersama dan anda akan dapat semula kegemilangan seperti era 60an dan 70an..”

Bekas pemain kebangsaan dan legenda bola sepak Selangor, N. Thanabalan mengenangkan kembali detik kegemilangannya di perlawanan akhir Piala Malaysia 1968. Atas rasa cintanya terhadap negara, beliau turut bermain dalam Pestabola Merdeka 1968 pada hari sebelum perkahwinannya menentang Burma (kini dikenali sebagai Myanmar).