Muhammad Zulhilmi Mat Saad
10 September 2015

“’Lihatlah bendera kita dengan mata hati, barulah kita sayang dan hargai Jalur Gemilang kebanggaan kita,’ saya takkan pernah lupa pesan ayah, bekas Komander Tentera Darat Malaysia. Berbekalkan kata-kata inilah saya sanjung tinggi bendera Malaysia dan tidak pernah lupa untuk mengibarkannya terutama pada detik bersejarah setiap tahun. Sehingga kini, ayah pun masih pasang bendera di rumah seawal sebulan sebelum tarikh 31 Ogos.

Saya juga takkan lupa kenangan indah waktu berusia antara 12 dan 13 tahun. Saya berbasikal keliling Kampung Ayer Molek, Melaka dengan kawan-kawan. Kami pasang bendera pada basikal masing-masing dan dengan riuhnya bersiar-siar di kampung halaman bagi menzahirkan semangat perpaduan dan kemerdekaan."

Muhammad Zulhilmi Mat Saad