Cerita Malaysia

Every one of us has a perspective, experience and life story that relates to our beautiful Malaysia, a country rich in cultural traditions and practices. #CeritaMalaysia is a platform for us all to share our unique and inspiring stories. #CeritaMalaysia is our story. 

  • Juruterbang Helikopter Wanita Pertama

    Sejak kecil Leftenan Kolonel Norhana Abd Manaf ingin menjadi seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Lebih-lebih lagi, apabila beliau membesar berdekatan Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Hulu Langat, lokasi pasukan tentera udara menjalani latihan. Ditambah pula dengan latar belakang bapanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera British, Norhana bertekad untuk berjaya...
  • Perkampungan Keris Kampung Ladang Titian

    “Nak buat kerja ni mesti ada minat, kalau tak memang tak jadilah. “Saya generasi ketiga. Dulu tok ki (datuk) dan ayah yang buat. Dulu orang kampung sini semua buat belaka, jiran-jiran semua buat (pembuat sarung dan hulu keris), sebab tu jadi nama Perkampungan Keris,” kata Zulkifli Yusoff yang lebih mesra disapa Cik El, sewaktu ditemui di Perkampungan Keris di Kampung Ladang Titian, di...
  • Dari Setinggan Ke 'Grand Slam'

    13 tahun lalu, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih mesra digelar Qobin pernah menjadi penghuni kawasan setinggan Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Sekarang, namanya megah di peringkat antarabangsa apabila diiktiraf sebagai penjelajah Grand Slam. Gelaran itu dicapai selepas berjaya melengkapkan 9 ekspedisi wajib iaitu mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua seluruh dunia serta...
  • #LensaNegaraku: Adly Aizad

    “Sejujurnya gambar berunsur pengembaraan adalah keistimewaan saya. Dengan berkunjung ke tempat-tempat baru ini, ia memberikan saya lebih banyak idea untuk mengambil gambar.  “Tak kira gambar berbentuk lanskap, potret, seni bina atau apa sahaja yang menarik di mata saya.” Adly Aizad yang pertama kali berkolaborasi bersama 1Malaysia.com.my berkata, perjumpaannya bersama Perdana...
  • Mahir Berbahasa Tamil

    Tindakan Rubainah Saruji, 56, menegur dua pemuda India sewaktu menaiki bas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur tahun lepas nyata memeranjatkan mereka. Tidak menyangka wanita Melayu ini memahami percakapan mereka dalam bahasa Tamil, kedua-dua pemuda berkenaan terus terdiam kerana terkejut. Lebih membanggakan, ibu kepada enam anak ini juga bukan sahaja mampu bertutur dalam bahasa Tamil...
  • SL1M Sasar Latih 25,000 Graduan

    Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) menyasarkan untuk membantu 25,000 graduan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam sektor berlainan dan sekaligus mendapat pekerjaan.  Sejak diperkenalkan pada 2011, sebanyak 140,860 graduan telah mendapat latihan di bawah SL1M. Menurut Ketua Sekretariat SL1M, Norashikin Ismail, pihaknya yakin jumlah graduan yang disasarkan ini akan mendapat latihan...
  • PDRM Bertutur Bahasa Mandarin

    Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan berbangsa Cina digalakkan untuk belajar Mandarin memandangkan bahasa ini antara bahasa paling banyak dituturkan di seluruh dunia, menurut akhbar Sin Chew Daily. Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, DCP Dato' Yong Lei Choo berkata, pelbagai pelan telah dirancangkan untuk para pegawai mempelajari bahasa itu.  Antaranya...
  • Pesta Emping Imbau Nostalgia

    TAMPIN – Sawah bendang yang sudah bertukar menjadi kebun sayur serta ladang tidak mematahkan hasrat penduduk di Kampung Ulu Yuh, di sini, untuk meneruskan tradisi pesta mengemping warisan nenek moyang mereka. Suasana pesta yang meriah bukan hanya daripada selingan tumbukan lesung, bahkan sesekali jeritan dan latahan penduduk apabila bunyi bertih digoreng semakin bertalu-talu. Ketua Umno...
  • Boleh Bercakap Tiga Bahasa

    Lee Ho Chu, 63, atau lebih mesra dengan panggilan Ucong bukan lagi nama yang asing di kalangan penduduk Langkap. Dia dikenali ramai kerana memiliki perniagaan dengan nama yang pelik iaitu Kedai Gunting Rambut Rambut Bola. Namun, faktor utama yang membuatkan warga emas ini dikenali di kalangan penduduk di sana ialah kerana kebolehannya menguasai tiga bahasa bangsa utama Malaysia...
  • Orang Perak Latih Orang UK

    Ahmad Nizam Yusof, 37, telah berjaya melahirkan kira-kira 25,000 pemain hoki pelbagai peringkat usia sepanjang tempoh beliau menetap di United Kingdom.  Nizam yang sudah 13 tahun menjadi jurulatih kelab hoki terkenal Uddingston Hockey Club, di daerah South Lanarkshire, Scotland berhijrah ke negara itu selepas mendapat tawaran sebagai pengurus Teknologi Maklumat sebelum melatih enam...
  • #LensaNegaraku: Faiz Dickie

    “Sewaktu pertemuan itu, kami meminta agar diberikan sedikit dana supaya dapat digunakan untuk melaksanakan projek #LensaNegaraku dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bersetuju untuk memberikan sedikit sumbangan.” Nazrul Faiz atau lebih dikenali sebagai Faiz Dickie menceritakan kembali detik-detik awal penglibatannya dalam projek ini selepas pertemuan bersama Najib di sebuah kafe di...
  • Ayam Belanda Anak Melanau

    Setiap kali tiba Hari Natal, Hamlee Sabuti, 47, antara individu yang paling sibuk menyediakan hidangan sinonim Krismas iaitu ayam belanda panggang untuk pelanggannya yang beragama Kristian.  Biarpun beliau sendiri tidak menyambut perayaan itu, anak Melanau kelahiran Sarikei ini berkata beliau sudah menerima tempahan ayam belanda panggang dari hari sebelum Krismas hingga Jumaat ini....
  • Karol Krismas

    Setiap kali menjelang Krismas, alunan nyanyian dan muzik karol pasti dapat didengari di kebanyakan rumah, terutama bagi mereka yang meraikan perayaan itu. Kumpulan nyanyian karol akan melawat dari sebuah rumah ke rumah lain untuk mendendangkan penghuninya dengan lagu-lagu Krismas. Walaupun amalan ini semakin hilang ditelan zaman, namun ia masih bergerak aktif terutamanya di kawasan luar...
  • Secret Santa: A Tradition of Unity

    Mentioning the word Christmas to anyone is bound to conjure up a scene of Santa on his reindeer sleigh, passing out presents to children who have been good year-round. From Asia to America, the spirit of love and giving is celebrated worldwide. One of those traditions is Secret Santa, in which community members are randomly assigned a person to bestow a gift in secret. We sat down with...
  • Gadis Minyak

    Jarang kita mendengar atau melihat seorang wanita bekerja sebagai mekanik di bengkel kereta yang biasanya didominasi kaum lelaki.  Ekoran persepsi masyarakat yang sering menganggap wanita tiada pengetahuan dan kemahiran mendalam mengenai kereta, Nur 'Izzah 'Atiqah Ahmad, 25, nekad untuk mengubah stigma itu! Wanita muda ini akhirnya memilih untuk menjalani Latihan Mekatronik...
  • Cacat Bukan Halangan Untuk Berkarya

    Meskipun dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU), ia tidak mematahkan semangat Aliah Talib, 30, untuk menghasilkan lukisan-lukisan indah dan mengagumkan walaupun hanya menggunakan kaki bagi memegang berus lukisan. Dilahirkan tanpa kedua belah tangan, bakat semula jadi yang dikurniakan Allah kepada wanita ini sentiasa menarik perhatian orang ramai. Malah sikapnya yang tak mudah...
  • Berhenti Jururawat, Kini Gadis Bomba

    Aksinya yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran di Pasar Besar Seremban, September lalu pernah menjadi tular di laman sosial. Disebabkan itu, Nor Maisarah Ibrahim, 27, yang bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba Seremban menerima permintaan ratusan individu tidak dikenali yang ingin menjadi rakannya di Facebook. Mana tidaknya, bertubuh kecil dan berwajah ayu sesiapa...
  • #LensaNegaraku: Taufiq Nadzri

    Pemilik akaun Instagram @taufiqnadzri bukan calang-calang orangnya. Taufiq Nadzri adalah seorang jurugambar bebas dan juga jurugambar rasmi untuk sebuah syarikat rakaman antarabangsa dan kumpulan Bunkface. Walaupun lebih dikenali dengan foto imej jalanan dan konsert selebriti, penampilan Taufiq dalam #LensaNegaraku nyata sesuatu di luar daripada zon selesanya.  “Identiti fotografi...
  • #LensaNegaraku: Shafiq Saleh

    Shafiq Saleh adalah salah seorang kurator untuk akaun Instagram 1Malaysia pada tahun 2016. Tertarik dengan hasil petikan lensanya, Shafiq sekali lagi diundang untuk menjayakan kempen terbaru 1Malaysia, #LensaNegaraku di platform yang sama.  Bagi Shafiq, peluang untuk meneroka tempat-tempat baharu di dalam negara adalah impiannya sejak menyertai Instagram pada tahun 2010.  Lalu...
  • Banjir Pulau Pinang: Kisah Nyawa & Ukhwah

    “Semasa kami tolong, langsung tiada rasa ragu dalam diri untuk membantu mangsa-mangsa banjir tu semua. Malah bila bilal surau, Sapno Tukijo bawa mereka naik ke atas, kami mengalu-alukan mereka. Bagi saya, nyawa itu lebih penting. Apa yang kami buat, semuanya atas dasar perikemanusiaan.”  Demikian cerita Pengerusi Surau Taman Free School, Zakaria Mydin apabila mengimbau kembali detik...