Shuhada Mansor
26 Ogos 2017

"Jalur gemilang dan bendera Kedah sentiasa berkibar di hadapan rumah saya di kampung halaman. Kami adik-beradik dah biasa dengan semangat patriotik bapa yang pernah bertugas sebagai renjer selama lapan tahun di Borneo. Bapa sekarang dah cecah usia 80-an, dulu pernah bertarung menentang komunis sebagai angkatan pertama yang mempertahankan kawasan darat di Sabah pada awal 60-an. Itu antara babak yang tidak pernah saya lupakan dalam banyak-banyak pengalamannya bertugas mempertahankan tanah air.

Masa kecil pernah jugalah rasa macam dipaksa mengibarkan bendera kerana belum faham maknanya. Namun sekarang saya sudah faham dahulunya merdeka itu bebas daripada penjajah dan sekarang bagi saya merdeka itu membawa definisi bebas tanpa pengaruh luar."

Shuhada Mansor