Revathy Bawadas Kumar
3 March 2016

"Saya seorang pelajar separuh masa sewaktu mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2002. Jadi ia tidak mudah untuk saya. Tetapi saya bersyukur apabila memperolehi keputusan baik. Semestinya ayah gembira lebih-lebih lagi apabila saya diumumkan sebagai lima terbaik di sebuah institut pendidikan.

Saya lega akhirnya penat lelah saya berhasil. Jika saya mampu melakukannya, anda pasti boleh!"

Revathy Bawadas Kumar berpesan untuk "work smart, do not work hard". Walau apa pun keputusan kita, jika kita berusaha bersungguh-sungguh, kita pasti berjaya!

Kepada yang ambil keputusan #SPM2015 hari ini dan #STPM2015 semalam, kami ucapkan tahniah walau apa keputusan yang diterima, kerana kami percaya anda telah berusaha bersungguh-sungguh!