Fatihah Husna binti Sofian
1 March 2016

“Sambutan hari jadi tahun ini lebih istimewa dengan kelahiran bakal anak sulung saya, Insya-Allah. Ia hadiah yang tidak ternilai bagi saya dan lebih menarik, ia jatuh pada tahun lompat.

Saya rasa amat disayangi dan dihargai kerana ia tidak berlaku selalu setiap tahun seperti orang lain. Pasti ada kejutan istimewa yang disediakan apabila tiba 29 Februari dan saya sama sekali tidak menyangkanya.

Nilai kesetiaan dan keikhlasan dalam hubungan antara keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling kita akan membentuk jati diri setiap orang tanpa mengira kaum. Saya percaya apabila kita ikhlas dalam setiap hubungan, kita akan menjadi lebih rapat dan selesa berinteraksi dengan mereka."

Fatihah Husna binti Sofian dilahirkan pada 29 Februari manakala anak sulungnya dijangka lahir pada 10 April. Tahniah kepada Fatihah, semoga kelahiran anaknya memberi kegembiraan berganda buat dia dan keluarga tahun ini.