banner-CM.jpg

March 27th, 2017

Bantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa.

Cikgu Shahzalina buktikan ihsan tak mengira warna kulit apabila beliau sendiri berusaha untuk membantu pelajarnya yang berbangsa Cina mengumpul dana selepas kematian bapanya.

 “Kita tinggal dalam negara yang sama dan kita sepatutnya bersatu padu, menyokong dan membantu antara satu sama lain.”

 “Saya juga seorang ibu. Melihat anak-anak ke sekolah tanpa kasut dan uniform, saya turut rasa kesusahan mereka. Jadi, saya memilih untuk bantu mereka.”

Usaha Shahzalina disokong rakan-rakannya yang sentiasa menghulurkan bantuan apabila memerlukan. Beliau yang juga seorang penjawat awam menegaskan beliau hanya menerima dana daripada rakan-rakan, bukan orang ramai.

Beliau juga sempat berkongsi pengalaman membantu seorang pelajar Melayu yang kehilangan ayah dalam kemalangan jalan raya.

“Apabila kehilangan ayah, sumber pendapatan mereka sekeluarga terus terputus. Jadi, saya berusaha untuk kumpulkan wang sebanyak RM3,000 bagi meringankan beban mereka.”

Sebagai seorang guru, Shahzalina sentiasa berusaha untuk membantu para pelajarnya. Pernah apabila usahanya untuk membantu seorang pelajar yang dalam kesusahan, beliau seperti kebiasaannya akan memohon ihsan rakan-rakan di Facebook.

Sementara itu, kisah seorang lagi pelajar berbangsa Cina yang dalam kesusahan turut membuatkan beliau terus menghulurkan bantuan.

“Siapa sangka, bekas pelajar saya yang telah lama tidak berhubung dan kini sedang menuntut di kolej, tiba-tiba saja menghubungi saya dan menawarkan RM1,000 untuk bantu pelajar berkenaan. Malah, ada juga yang menawarkan untuk memberi wang saku kepadanya sehingga hujung tahun ini.”

Katanya, beliau tidak pernah mengharapkan sebarang balasan atau publisiti daripada bantuan-bantuan ini.  Berterima kasih atas sokongan keluarga yang turut menyokong usahanya, Shazalina berkata beliau gembira dapat menolong pelajar-pelajar ini.

Artikel ini telah diterjemah dari akhbar harian China Press.

Share in: