Anies Najiah Sa'ari
13 September 2015

“Teringat kenangan sambutan merdeka pertama saya di KL Convention Centre. Saya yang menuntut di UNISEL Bestari Jaya bersama rakan ke ibu kota untuk saksikan sendiri ambang merdeka. Kami berasa begitu teruja sekali apabila dapat lihat percikan bunga api dan laungan kemerdekaan oleh seisi penonton yang hadir. Jika dibandingkan dengan suasana kampung halaman di Kota Bharu, Kelantan, ia lebih banyak dipenuhi dengan hiasan.

Azam merdeka saya tahun ini adalah bagi terus mendidik pelajar saya di Kolej Vokasional Septronic, Rawang mengenai kepentingan pendidikan yang seiring dengan kemahiran supaya mereka dapat menjadi warga Malaysia yang dapat menyumbang kepada negara pada suatu hari nanti.”

Anies Najiah Sa'ari