Cerita Malaysia

Setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman dan kisah menarik mengenai Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya. Melalui #CeritaMalaysia, setiap orang berpeluang berkongsi sebuah cerita yang unik dan menarik untuk dijadikan sebuah karya khusus untuk memberikan inspirasi kepada pembaca. #CeritaMalaysia adalah cerita anda, cerita kita.

  • Nur Hidayat Bin Sariyati

    Setiap tahun, isteri saya tetap akan mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada saya pada tengah malam 28 Feb walaupun keesokannya 1 Mac. Saya akan menyertai majlis sambutan hari jadi sesiapa sahaja sekiranya ada kerana tiada tarikh khusus untuk saya tahun itu. Tetapi tanggal 29 Feb yang tiba hanya 4 tahun sekali, memang meriah! Seluruh ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan sekolah dan...
  • N. Thanabalan

    “Perpaduan harus bermula dari peringkat sekolah. Jika di sekolah, pelajar semua bangsa dilatih bersama-sama. Kemudian, sama juga di peringkat negeri. Tetapi jika sudah diasingkan dari peringkat sekolah, itu adalah penamatnya. Tiada sesiapa akan bergaul bersama. Mereka harus mula berkawan sejak sekolah, jangan asingkan mereka. Bergaul bersama dan anda akan dapat semula kegemilangan seperti era...
  • Calvin Goh

    "Saya ingat sekarang dah tak ada lagi orang baling limau mandarin untuk cari jodoh semasa Chap Goh Meh. Tetapi, semalam bapa saya hantarkan gambar ini kepada saya melalui Whatsapp. Katanya dia telah tolong ‘pancingkan’ semua limau mandarin ini dengan harapan saya akan bertemu jodoh secepat mungkin!"  Calvin Goh, 29 tahun berasal dari Ipoh Mengikut tradisi, selepas makan malam pada...
  • Datuk Santokh Singh

    “Saya harap rakyat atau semua orang merasakan apa itu sebenarnya 1Malaysia. 1Malaysia ialah mengenai perpaduan semua bangsa, bukan satu-satu bangsa tetapi semua bersama. Pengalaman terbaik saya tentulah kejayaan layak ke Olimpik. Itulah perpaduan, satu pasukan bermain bersama untuk menang dan bermain untuk negara. Dan bermain untuk rakyat Malaysia. Itu adalah sesuatu yang takkan saya...
  • Raja

    "Dari tahun 1986, tiap-tiap tahun kami akan tolong cukur botak rambut hampir 2,000 pengunjung yang datang ke Batu Caves sempena Thaipusam.  Amalan cukur rambut hingga botak ini adalah untuk tunaikan nazar. Mereka akan mohon dan doa untuk sesuatu, dan bila mereka dapat apa yang mereka minta, mereka perlu tunaikan nazar itu dengan cukur rambut hingga botak." Raja berkongsi pengalaman...
  • Manu dan Shan

    "Setiap tahun kami terima sumbangan untuk buka Thaneer Panthal, stesen beri minuman percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Bukan minuman sahaja, makanan percuma pun ada, vegetarian food, semua orang pun boleh makan". Manu dan Shan, sukarelawan yang mengedarkan air percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Ada banyak stesen Thaneer Panthal sekitar Batu Caves daripada pelbagai organisasi...
  • Ally Schact

    "I've been here in Malaysia for about 2 weeks. Batu Caves and Thaipusam festival is very famous, so I took the opportunity to come and see for myself. I'm not an artist, drawing is just a hobby I've had since I was small. Although this is not my religion, the thing that I admire the most is the determination of the people, the things that they do for their god. It is extraordinary."...
  • Pegawai Bomba Al-Hakim Ismail

    "Ia pengalaman pertama bagi saya dalam menangani situasi seperti itu sejak bertugas tiga tahun lalu di Balai Bomba Pudu. Ini adalah antara kes kes paling rumit disebabkan faktor keadaan dan bentuk bangunan selain kedudukan mangsa yang tidak statik" Pegawai Bomba Al-Hakim Ismail berjaya menyelamatkan seorang mangsa cuba bunuh diri di Flat Sri Sarawak meskipun keadaan geografi yang sukar....
  • Pegawai Bomba Mohd Fariszuan

    “Tugas bomba ni sebenarnya sukar. Kita masuk api, orang keluar. Orang awam keluar, kita masuk api. Orang bunuh diri, kita yang tanggung risiko dia." Pegawai Bomba Mohd Fariszuan Jumaat berjaya menyelamatkan seorang mangsa cuba bunuh diri dengan berkomunikasi dengannya menggunakan bahasa Mandarin. Tonton video kejadian mendebarkan tersebut di http://1malaysia.com.my/affiliates/bukan-...
  • Ahmad Fauzair Abdul Razak

    “Saya mohon PR1MA sejak 2014 dan banyak projek yang saya pohon. Alhamdulillah kebetulan projek yang saya dapat ini yang paling dekat dengan tempat kerja saya.” Ahmad Fauzair Abdul Razak tidak sangka bertuah memiliki rumah PR1MA yang diimpikan, Baca kisah beliau dan lebih ramai lagi di http://www.1malaysia.com.my/affiliates/pr1ma-perumahan-untuk-1malaysia
  • Mohamad Halim Hussin

    "Saya mula memohon PR1MA daripada Januari 2015, PR1MA Kuala Ketil ini yang pertama mohon dan terus dapat. Selang beberapa hari lepas pohon, saya dapat tawaran kerja di Kedah. Orang kata macam 'everything came together.' Alhamdulillah rezeki. Memang perancangan saya nak pulang kampung halaman. Saya rasa PR1MA cukup bagus, terutamanya untuk golongan muda." Mohamad Halim Hussin yang telah 20...
  • Larry Yeong

    “I have many friends who love to volunteer many different causes, who are very passionate about making our nation a better place. However, without a proper platform everyone is just doing on their own thing without proper direction. And this is why I started the Positive group with some friends. To gather like-minded positive individuals who wants to make a break through and a difference in...
  • Imran Adnan

    “Selama ini kita hanya didedahkan dengan sambutan Hari Kebangsaan dan kali pertama saya menyedari kemeriahan sambutan penyatuan Semenanjung dan Borneo adalah pada 2010.  Ketika itu barulah saya mengulang pembacaan mengenai sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara kita. Kita pernah belajar menerusi subjek sejarah tetapi kita tidak pernah menghayatinya.” Imran Adnan
  • Abdul Halim Mahmood

    “Saya takkan lupa kemeriahan sambutan Hari Malaysia 2011 di Pulau Pinang. Ketika itu sesi perarakan diadakan di Padang Perbandaran Seberang Perai dan dihadiri masyarakat segenap lapisan umur. Saya berasa sangat bangga dan terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berasa bangga seperti itu. Walaupun cuaca terik, tapi semangat peserta perbarisan dan penonton memang boleh dilihat dan dirasai...
  • Anies Najiah Sa'ari

    “Teringat kenangan sambutan merdeka pertama saya di KL Convention Centre. Saya yang menuntut di UNISEL Bestari Jaya bersama rakan ke ibu kota untuk saksikan sendiri ambang merdeka. Kami berasa begitu teruja sekali apabila dapat lihat percikan bunga api dan laungan kemerdekaan oleh seisi penonton yang hadir. Jika dibandingkan dengan suasana kampung halaman di Kota Bharu, Kelantan, ia lebih...
  • Junaidah Jusoh

    "Terbayang kenangan sambutan kemerdekaan setiap tahun yang mana kampung di sekitar Tumpat, Kelantan penuh dengan pelbagai hiasan termasuk replika yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Antara yang masih kuat di ingatan adalah hiasan kapal terbang yang dibentuk daripada besi dan didekorasi menggunakan warna dan Jalur Gemilang. Setiap kali sambutan merdeka saya memang ambil kesempatan...
  • Nur Izyan Mohd Noor

    “Ketika berusia 16 tahun, saya mewakili perbarisan peringkat negeri Terengganu menerusi Kadet Remaja Sekolah. Memang rasa sangat seronok waktu itu kerana turut serta adalah badan kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Kami berarak di sekeliling bandar Kemaman dalam lingkungan 10 kilometer. Selain dapat membawa panji Jalur Gemilang, saya berasa bangga kerana keluarga dan jiran tetangga turut...
  • Muhammad Zulhilmi Mat Saad

    “’Lihatlah bendera kita dengan mata hati, barulah kita sayang dan hargai Jalur Gemilang kebanggaan kita,’ saya takkan pernah lupa pesan ayah, bekas Komander Tentera Darat Malaysia. Berbekalkan kata-kata inilah saya sanjung tinggi bendera Malaysia dan tidak pernah lupa untuk mengibarkannya terutama pada detik bersejarah setiap tahun. Sehingga kini, ayah pun masih pasang bendera di rumah seawal...
  • Hairulazim Mahmud

    "Setiap kali tibanya bulan kemerdekaan, terlintaslah di benak minda lagu-lagu patriotik yang selalu dipasang di corong radio dan televisyen. Antara yang saya ingat sampai sekarang adalah dendangan penyanyi, Roy , Inilah Barisan Kita. Lagu berkenaan memang menyusuk kalbu kerana sangat menggambarkan pengorbanan tentera kita. Sebab itulah setiap kali ibu bapa saya bawa tengok perarakan di...
  • Sudirman Mohd Tahir

    "Saya memang aktif dalam perbarisan peringkat negeri sejak berada di bangku sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jalan Apas, Tawau, Sabah. Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tawau saya pernah mewakili kadet pertahanan awam. Itu antara kenangan manis dan menggembirakan setiap kali sambutan merdeka yang mana kami melakukan aksi tabik hormat lalu diselangi laungan kemerdekaan. Kalau...