banner-CM.jpg

Setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman dan kisah menarik mengenai Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya. Melalui #CeritaMalaysia, setiap orang berpeluang berkongsi sebuah cerita yang unik dan menarik untuk dijadikan sebuah karya khusus untuk memberikan inspirasi kepada pembaca. #CeritaMalaysia adalah cerita anda, cerita kita.

Jika anda mempunyai #CeritaMalaysia untuk dikongsi, hantarkan kepada kami!

 

Kongsi Kisah Anda

 

  • Andy Telasai

    March 3rd
    2016
    ”Saya ambil SPM pada tahun 2004. Saya cukup gementar sebenarnya kalau keputusan kurang baik dan saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Jadi bila dapat keputusan tu memang legalah, keputusan cukup baik untuk masuk universiti. Jika keputusan anda sangat baik, anda mungkin layak untuk memohon ke sebarang kolej atau universiti. Tetapi, keputusan yang kurang bagus itu tidak bermakna ia pengakhiran kepada segalanya. Apa pun keputusan, kita perlu terus pandang ke hadapan untuk berjaya."
  • Cikgu Shafidah

    March 3rd
    2016
    "Saya ambil SPM tahun 2004 dahulu, Alhamdulillah, dapat keputusan cemerlang dan dinobatkan pelajar terbaik sekolah. 12 tahun kemudian pada hari ini 3 Mac 2016, saya berbangga berkongsi kegembiraan anak-anak murid saya pula yang berjaya cemerlang dalam SPM. Saya berpegang kepada prinsip "Apa yang kita beri kepada pelajar, itulah yang akan kita dapat.." Maksudnya, jika guru menggunakan pelbagai cara untuk membimbing dan membantu pelajar, sudah pasti pelajar akan berjaya, Insya-Allah."
  • Revathy Bawadas Kumar

    March 3rd
    2016
    "Saya seorang pelajar separuh masa sewaktu mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2002. Jadi ia tidak mudah untuk saya. Tetapi saya bersyukur apabila memperolehi keputusan baik. Semestinya ayah gembira lebih-lebih lagi apabila saya diumumkan sebagai lima terbaik di sebuah institut pendidikan. Saya lega akhirnya penat lelah saya berhasil. Jika saya mampu melakukannya, anda pasti boleh!" Revathy Bawadas Kumar berpesan untuk "work smart, do not work hard". Walau apa pun keputusan kita, jika kita berusaha bersungguh-sungguh, kita pasti berjaya!
  • Fatihah Husna binti Sofian

    March 1st
    2016
    “Sambutan hari jadi tahun ini lebih istimewa dengan kelahiran bakal anak sulung saya, Insya-Allah. Ia hadiah yang tidak ternilai bagi saya dan lebih menarik, ia jatuh pada tahun lompat. Saya rasa amat disayangi dan dihargai kerana ia tidak berlaku selalu setiap tahun seperti orang lain. Pasti ada kejutan istimewa yang disediakan apabila tiba 29 Februari dan saya sama sekali tidak menyangkanya.
  • Nur Hidayat Bin Sariyati

    Februari 29th
    2016
    Setiap tahun, isteri saya tetap akan mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada saya pada tengah malam 28 Feb walaupun keesokannya 1 Mac. Saya akan menyertai majlis sambutan hari jadi sesiapa sahaja sekiranya ada kerana tiada tarikh khusus untuk saya tahun itu. Tetapi tanggal 29 Feb yang tiba hanya 4 tahun sekali, memang meriah! Seluruh ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan sekolah dan sepejabat pasti tidak henti-henti mengucapkannya kepada saya. Kerana tarikh itu amat istimewa.”
  • N. Thanabalan

    Februari 24th
    2016
    “Perpaduan harus bermula dari peringkat sekolah. Jika di sekolah, pelajar semua bangsa dilatih bersama-sama. Kemudian, sama juga di peringkat negeri. Tetapi jika sudah diasingkan dari peringkat sekolah, itu adalah penamatnya. Tiada sesiapa akan bergaul bersama. Mereka harus mula berkawan sejak sekolah, jangan asingkan mereka. Bergaul bersama dan anda akan dapat semula kegemilangan seperti era 60an dan 70an..”
  • Calvin Goh

    Februari 23rd
    2016
    "Saya ingat sekarang dah tak ada lagi orang baling limau mandarin untuk cari jodoh semasa Chap Goh Meh. Tetapi, semalam bapa saya hantarkan gambar ini kepada saya melalui Whatsapp. Katanya dia telah tolong ‘pancingkan’ semua limau mandarin ini dengan harapan saya akan bertemu jodoh secepat mungkin!"  Calvin Goh, 29 tahun berasal dari Ipoh
  • Datuk Santokh Singh

    Februari 23rd
    2016
    “Saya harap rakyat atau semua orang merasakan apa itu sebenarnya 1Malaysia. 1Malaysia ialah mengenai perpaduan semua bangsa, bukan satu-satu bangsa tetapi semua bersama. Pengalaman terbaik saya tentulah kejayaan layak ke Olimpik. Itulah perpaduan, satu pasukan bermain bersama untuk menang dan bermain untuk negara. Dan bermain untuk rakyat Malaysia. Itu adalah sesuatu yang takkan saya lupakan sehingga ke hari ini.”
  • Raja

    Januari 24th
    2016
    "Dari tahun 1986, tiap-tiap tahun kami akan tolong cukur botak rambut hampir 2,000 pengunjung yang datang ke Batu Caves sempena Thaipusam.  Amalan cukur rambut hingga botak ini adalah untuk tunaikan nazar. Mereka akan mohon dan doa untuk sesuatu, dan bila mereka dapat apa yang mereka minta, mereka perlu tunaikan nazar itu dengan cukur rambut hingga botak." Raja berkongsi pengalaman setiap Thaipusam apabila ribuan pengunjung datang ke Batu Caves untuk beribadah.
  • Manu dan Shan

    Januari 24th
    2016
    "Setiap tahun kami terima sumbangan untuk buka Thaneer Panthal, stesen beri minuman percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Bukan minuman sahaja, makanan percuma pun ada, vegetarian food, semua orang pun boleh makan". Manu dan Shan, sukarelawan yang mengedarkan air percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Ada banyak stesen Thaneer Panthal sekitar Batu Caves daripada pelbagai organisasi yang melakukan kerja amal ini. 
Share in: