banner-CM.jpg

Setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman dan kisah menarik mengenai Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya. Melalui #CeritaMalaysia, setiap orang berpeluang berkongsi sebuah cerita yang unik dan menarik untuk dijadikan sebuah karya khusus untuk memberikan inspirasi kepada pembaca. #CeritaMalaysia adalah cerita anda, cerita kita.

Jika anda mempunyai #CeritaMalaysia untuk dikongsi, hantarkan kepada kami!

 

Kongsi Kisah Anda

 

  • 60 tahun tetap segar di ingatan

    Ogos 30th
    2017
    Penghormatan menaikkan Jalur Gemilang secara rasmi buat pertama kali masih terpahat dalam ingatan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohamad Sharif Kalam, 82, biarpun peristiwa itu sudah 60 tahun berlalu. Tugas itu dilaksanakan sambil diiringi lagu Negaraku yang berkumandang tepat jam 8 pagi selepas laungan merdeka oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
  • Gemuruh Sorakan Malaysia

    Ogos 29th
    2017
    Ayuh Malaysia! Malaysia Boleh! Jika anda pernah hadir dan saksikan sendiri temasya sukan bertaraf antarabangsa, pasti anda dapat rasakan semangat para penyokong yang datang demi atlet negara. Tak kurang juga ada yang tiba dan berkobar-kobar menzahirkan sokongan mereka dengan paluan kompang, pukulan dram dan tiupan wisel. Bagi Zarina Md Ismail, 44, dari Sandakan, Sabah, kehadiran kelab-kelab peminat serta penyokong ini antara penyumbang kepada keyakinan atlet yang bertanding.
  • Pecahkan Rekod Saya – Cabar G. Shanti

    Ogos 16th
    2017
    Bekas ratu pecut negara, G. Shanti mahu atlet olahraga Sukan SEA 2017 memecahkan rekod yang dipegang beliau dalam acara 100 meter dan 200 meter. Baginya rekod 24 dan 19 tahun itu sudah terlalu lama dan seharusnya mampu dileburkan dengan pencapaian baru di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Dengan kecanggihan teknologi moden zaman sekarang, beliau optimis atlet olahraga mampu merealisasikan misi tersebut.
  • Istimewa Hari Gawai: Kisah Cinta Bumi Kenyalang

    Mei 31st
    2017
    Meskipun dilahirkan dalam sebuah perkahwinan campur, namun gadis manis ini cukup berbangga untuk bergelar seorang anak watan negeri Sarawak. Alena Lipang Ose Murang, 28, pemain alat muzik tradisional sape mengakui dia lebih menyenangi kehidupan di Sarawak kerana kepelbagaian etnik penduduknya serta kaya dengan adat, seni dan budaya yang sebati dalam dirinya. Walaupun ibunya berbangsa Inggeris namun Alena lebih senang membawakan jati diri anak Bumi Kenyalang, sama seperti bapanya yang berketurunan Kelabit.
  • Cikgu Perdana Menteri dan Negara

    Mei 23rd
    2017
    Pada zaman 1970-an, setiap kali ke ‘Bilik Pandang Dengar’ di sekolah, ia pasti menjadi antara aktiviti ditunggu-tunggu oleh pelajar. Waktu itu bermakna mereka berpeluang menonton saluran TV Pendidikan yang disiarkan di kaca televisyen dalam hitam putih. Pelbagai rancangan menarik diterbitkan mengikut subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Inggeris dan Sivik. Antaranya, rancangan ‘Bing and Bong’ yang memaparkan watak dua badut lucu mengajar penonton berbahasa Inggeris. 
  • Kasut Sukan Hadiah Ibu, Pembakar Semangat Latif

    Mei 13th
    2017
    Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Kata orang, bergelar ibu kepada seorang 'anak istimewa' itu bukan mudah adalah suatu yang klise. Namun hakikatnya melahirkan dan membesarkan anak yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) sememangnya memerlukan ketabahan serta kekuatan yang luar biasa. Meskipun menyedari si anak menghadapi masalah pembelajaran, namun ia tidak sedikit pun mengurangkan kasih sayang dan perhatian daripada seorang yang dipanggil ‘mak’.
  • Istimewa Hari Bomba Sedunia: Bomba, Wira Tak Didendang

    Mei 4th
    2017
    “Apa sahaja kecemasan berlaku, panggil bomba!” Itu perkara pertama yang biasanya terlintas di fikiran kita setiap kali berlaku kemalangan, kebakaran, banjir, tanah runtuh, ancaman haiwan berbahaya dan sebagainya. Dalam tempoh beberapa minit sahaja, kelibat anggota bomba lengkap berpakaian oren tiba di lokasi kecemasan. Mereka sentiasa bersiap-siaga untuk satu tujuan iaitu menyelamatkan nyawa tidak kira manusia, haiwan mahupun harta benda.
  • Istimewa Hari Pekerja: Perpaduan Dalam Secawan Kopi

    April 30th
    2017
    Budaya menikmati secawan kopi di kafe sudah menjadi gaya hidup masyarakat masa kini. Oleh itu, semakin ramai menghargai seni membuat kopi dan bukan setakat rasanya semata-mata. Malah, seni ini kini menjadi sumber pendapatan buat ramai anak muda.  Melalui kopi, ia mampu membawa individu mengembara seantero dunia dan membina kerjaya sebagai pembancuh kopi profesional dikenali sebagai ‘barista’. Empat anak muda yang menemui 'cinta' mereka itu di sebuah kafe di Sri Hartamas, berbangga untuk bergelar barista.
  • Angpau Perpaduan

    April 25th
    2017
    Perkara pertama yang dilakukan Ali Arami selepas melangsungkan perkahwinannya Sabtu lalu adalah dengan menghadiahkan angpau kepada sekolahnya.  Walaupun tidak banyak, namun pemberian RM500 itu kepada Sekolah Tinggi Pay Fong memberi seribu satu makna sebagai tanda penghargaan beliau kepada sekolah berkenaan.  Ali, 27, seorang pegawai bank dan isterinya, Rima Princess Dewi, 26 yang juga pernah belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, telah dilantik sebagai 'Duta Perpaduan' oleh sekolah vernakular itu.
  • 3 Generasi 'Sang Saka Biru'

    April 19th
    2017
    Sepanjang bergelar anggota polis, beliau tidak pernah melepaskan sebutir peluru pun kepada penjenayah. Dan ini telah mendorong anak dan cucu mendiang Supritendan M.Govindasamy untuk mengikuti jejak langkahnya. Sebaliknya, beliau mengubah modus operandinya kepada risikan untuk menangkap penjenayah. Malah, Govindasamy juga pernah menyamar sebagai penjual kacang putih serta memakai dhoti untuk memburu samseng. 
Share in: