Tags >> Innovation
Senarai Blog

Saya tertarik kepada konsep pembangunan harta tanah strategik, yang melangkaui erti kata lazim dalam pembangunan harta.

Malaysia sedang mencuba menarik modal jangka panjang daripada pelabur langsung asing yang mempunyai pengaruh kewangan dan perkongsian global yang mencukupi. Pelabur-pelabur besar ini mempunyai pelaburan dalam sektor yang berbeza-beza yang akan menguntungkan Malaysia dan akan membawa kesan pengganda kepada pelaburan dan hubungan ekonomi yang selanjutnya. Langkah inovatif pertama ini akan bertindak menjadi pemangkin kepada jenama Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan dunia, menyemarakkan keyakinan pelabur dan menyelit Malaysia dalam ekonomi dunia. Pelabur sasaran kita merupakan rakan kongsi terkemuka dalam pasaran global yang memiliki antara jenama terbaik di dunia.

 
Seterusnya...

Tagged : Innovation

Saya telah mendedikasikan Hari Pekerja tahun lalu kepada pencapaian luar biasa para pekerja dalam bidang sosial dan ekonomi Malaysia. Usaha anda terus menarik perhatian saya, namun saya percaya kita perlu terus meningkatkan usaha jika berhasrat untuk  menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Status ini amat perlu jika kita semua mahu menikmati taraf hidup yang lebih baik, peluang pekerjaan yang lebih banyak dan pembangunan rangkaian keselamatan sosial, sekadar menamakan tiga daripada kebaikannya.

Pada Hari Pekerja 2010 ini, saya ingin mengajak anda semua melihat kembali kepada satu faktor penting yang diperlukan untuk mencapai pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi dan seterusnya transformasi ekonomi: inovasi. Dengan menginovasi produk dan proses merangkumi semua sektor ekonomi, kita mampu meningkatkan kekayaan dan daya saing negara di peringkat dunia supaya kita juga mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara ternama seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Finland.

 
Seterusnya...

Tagged : Innovation

Sungguh pantas kita  kini telah pun menghampiri akhir dekad ini dan permulaan satu dekad yang baharu. Sejak 2000 lagi, kita telah melihat kemunculan produk yang amat inovatif seperti iPhone, Blackberry, Twitter, Facebook, dan You Tube.  Kita juga telah menyaksikan kebangkitan Google yang tiada noktahnya, menukar cara kita menggunakan media dan berkomunikasi antara satu dengan lain.  Dekad yang datang ini ternyata tidak kurang menariknya.

Negara-negara yang menyenangi inovasi, seperti Jepun, Finland dan Amerika Syarikat, hasilnya berjaya membangunkan ekonomi yang lebih maju.  Inovasi mewujudkan pekerjaan dan menggalakkan daya saing negara, Oleh sebab itulah, kita juga mesti menghasilkan impak yang kreatif dalam ekonomi global yang berdaya saing.  Janganlah kita membiarkan diri kita ketinggalan di belakang.

 
Seterusnya...
Undian
Bagaimana anda akan pulang sempena Aidilfitri ini?
 
Komen Terkini Blog