Semasa kunjungan saya ke negara-negara ASEAN tempoh hari, saya gembira memerhatikan bahawa bendera Malaysia kita benar-benar berkibar dengan megahnya di negara-negara ini. Tenaga kerja dan juga perniagaan kita yang diwujudkan oleh syarikat-syarikat Malaysia di negara-negara ini menjadi bukti bahawa Malaysia berada di landasan kemajuan yang betul. Ketika saya sedang meneliti kerja-kerja saya yang bertimbun di pejabat minggu ini, saya terfikir alangkah baiknya jika saya berkongsi peta minda yang terdapat di atas meja saya, melalui blog ini, seperti mana yang telah saya lakukan dengan rakyat Malaysiadi luar negara semasa lawatan saya di Laos.
Kenyataannya, kita boleh berbangga kerana telah membuatkan kehadiran negara kita terasa di banyak negara termasuk di kota raya yang maju dan sedang membangun di serata dunia. Saya berharap ini akan menjadi perangsang kepada rakyat Malaysia di seluruh dunia – bahawa semangat keusahawanan itu sangat jitu dan mestilah sesuatu yang boleh kita gerakkan dengan penuh rasa bangga. Kita melihat segala kemungkinan di banyak tempat – waima di tempat-tempat yang jauh terpencil, dan tidak diketahui benar sekali pun – tetapi memberikan banyak peluang kepada kita. Dan rakyat Malaysia mestilah mencari peluang itu di mana sahaja mereka berada, sama ada di negara-negara maju atau sedang membangun.
Minggu ini memperingati dua ulang tahun istimewa di Malaysia.
Pada hari Rabu, 16 September, penubuhan Malaysia 43 tahun yang lalu dengan kemasukan negeri Sabah dan Sarawak akan diingati sebagai Hari Malaysia.
Apabila saya mengambil alih pentadbiran kerajaan, saya telah membuat kesimpulan iaitu hala tuju kerajaan di bawah pentadbiran saya hendaklah berjaya mencapai transformasi nasional dengan mengangkat ungkapan kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kemajuan yang telah kita capai setakat ini.
Sebaik sahaja menyempurnakan hari ke-100 saya yang begitu penting sekali dalam pentadbiran, saya telah mengumumkan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ketat untuk negara. Semua ini telah ditetapkan bagi kesemua kementerian di samping enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NJRA). KPI ini merupakan mekanisme penyampaian yang direncanakan untuk membantu kita mencapai hasil yang dihajati. Hasil yang kita harap dapat dicapai ádalah sama dengan apa yang telah ditekankan oleh pentadbiran yang lalu di bawah Wawasan 2020: untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara membangun yang berpendapatan tinggi.
September 2010(2)
August 2010(6)
July 2010(4)
June 2010(6)
May 2010(7)
April 2010(5)
March 2010(7)
February 2010(5)
January 2010(5)
December 2009(12)
November 2009(5)
October 2009(4)
September 2009(10)
August 2009(7)
July 2009(6)
June 2009(10)
May 2009(7)
April 2009(12)
March 2009(6)
February 2009(5)
January 2009(6)
December 2008(3)
November 2008(2)
October 2008(4)
September 2008(4)
