Kini setelah pulang ke Malaysia selepas lawatan ke Amerika Syarikat dan Trinidad dan Tobago bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel, saya ingin melihat kembali semua perkembangan yang menarik perhatian yang berlaku di peringkat antarabangsa baru-baru ini.
Persinggahan saya di New york dan Washington, DC dalam perjalanan ke kemuncak persidangan Komanwel, walaupun singkat tetapi sangat berhasil.
Di Amerika Syarikat, saya telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon; Presiden Forbes Inc., Steve Forbes dan Presiden Motorola Enterprise Mobility Solutions, Gene Daley.
Saya juga telah menyampaikan taklimat tentang Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang bermanfaat kepada pemimpin-pemimpin korporat, pengurus-pengurus dana dan bakal-bakal pelabur.
Maklum balas yang saya terima daripada komuniti kewangan adalah sungguhpun 'kisah kejayaan Malaysia' menarik , namun masih banyak yang boleh kita lakukan untuk menarik pelabur global kepada pasaran modal kita. Saya mernerima mesej ini sepenuhnya dan akan bertekad untuk melaksanakan pembaharuan ekonomi seterusnya untuk memperkasakan tarikan pelaburan kita.
Perubahan seperti ini, saya pasti, akan membuka lembaran baru dalam "Cerita Kejayaan Malaysia', berdasarkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan AS yang pastinya akan berkembang dengan cara yang sangat konstruktif.
Berbalik ke tanah air pula, lawatan Presiden Hu Jintao dan Susilo Bambang Yudhoyono, masing-masing dari China dan Indonesia baru-baru ini, menunjukkan satu masa hadapan yang lebih gemilang dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Lima Perjanjian Persefahaman dengan Perdana Menteri China, termasuk ikrar untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi dalam sektor pendidikan tinggi dan kewangan, dan saya dan Presiden Yudhoyono telah memutuskan untuk bekerja ke arah mempereratkan hubungan dalam bidang-bidang pelancongan, industri halal dan kewangan Islam.
Di kemuncak persidangan APEC yang berikutnya di Singapura, saya telah membincangkan kemungkinan-kemungkinan Perjanjian Dagangan Bebas dalam pertemuan-pertemuan dua hala dengan Presiden Michelle Bachelet Jeeria dari Chile dan Perdana Menteri Australia Kevin Rudd.
Di celah-celah perjalanan-perjalanan ini, saya begitu bersemangat bila melihat-lihat respons di laman Facebook saya. Saya dan pejabat saya akan meninjau beberapa program tidak beberapa lama lagi untuk berinteraksi dengan 'kawan-kawan' baru saya. Saya menanti-nantikan pemikiran anda tentang apa-apa sahaja berhubung komitmen baru ini, dan cadangan-cadangan tentang apa lagi yang boleh dilakukan untuk memperhebat pendirian Malaysia di peringkat antarabangsa. Sementara itu, saya masih mempunyai kerja untuk diteruskan.

http://mthago.wordpress.com/2010/02/05/the-love-and-peace-israel-palestenians-war/
http://mthago.wordpress.com/category/war/
*http://www.globalsecurity.org/military/facility/panama-canal.htm
We can build one Calnal with Thailand’s government from Thailand’s Bo Yang to Malaysia’s Kuala Perlis. The Pulau Langkawi can be international port.
We can cancel the 3rd Malaysia and Singapore bridge, 1 Malaysia F1 team, and other major project for the world 3rd Malaysia Thailand Calnal.
Kini guru-guru bahasa Inggeris amat diperlukan di sekolah-sekolah di seluruh negara.Tetapi kami graduan lepasan sarjana muda pendidikan TESL lepasan IPTS masih menunggu untuk diberi penempatan.Lebih kurang 7bulan kami menunggu selepas berjaya dalam temuduga. Kenapa kami tidak diberi peluang untuk memenuhi kekosongan itu. Kami sedia berkhidmat untuk kementerian pendidikan.
Gelagat setengah wakil rakyat BN dalam kes pengundian BAJET 2010 di Parlimen sangat mengecewa dan menyakitkan hati.Kami sangat bimbang hasil PRU-13 nanti akan tidak menyebelahi Kerajaan dan BN sekiranya gelagat mereka berterusan begini!Cakap tidak seperti bikin.Sepatutnya dalam keadaan Dato' Sri dan Kerajaan sedang berusaha mendapatkan kembali sokongan rakyat,ada setengah daripada mereka masih berada di takuk lama, selalu tidak hadir persidangan Parlimen,mementingkan hal-hal peribadi,bertanya berbagai soalan tetapi bila sampai masa untuk sesi jawapan, orang yang bertanya, tak kelihatan kelibat pun dalam Parlimen!Malah dalam sesi mengundi di Parlimen pun mereka ambil mudah dengan tidak menghadiri diri!
Dato' Sr perlu memperkenalkan peraturan yang mewajibkan semua MP BN mesti hadir dalam setiap sesi Parlimen kecuali mendapat kebenaran khas PM atau Speaker .Keadaan yang berlaku di Majlis Negeri Kedah baru-baru ini, patut menjadi pengajaran kepada mereka.Terima kasih.

Perkembangan Antarabangsa

