Blogs Category

PERUTUSAN
Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 1430 HIJRAH
PADA 10 ZULHIJAH 1430 H BERSAMAAN 27 N0VEMBER 2009

Bismillahirrahmanirahim


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

1.    Terlebih dahulu, marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dalam keadaan aman, kesederhanaan dan penuh keberkatan. Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang sunat dilakukan pada 10,11,12 atau 13 Zulhijjah.

2.    Ibadah korban pada zahirnya disunatkan ke atas kita yang berkemampuan ke atas haiwan seperti lembu, kambing dan sebagainya agar dagingnya dapat diagihkan kepada golongan fakir dan miskin yang tidak berkemampuan. Selain sembelihan korban, ada banyak lagi pengajaran korban di dalam Islam termasuk mengeluarkan zakat ke atas harta dan pendapatan mengikut kiraan tertentu agar kekayaan itu turut dikongsi dan dimanfaatkan bersama oleh golongan yang amat memerlukan.

3.    Jelasnya, kerelaan berkorban menginfakkan harta kekayaan bagi membantu yang daif amat dituntut oleh Islam. Kita perlu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T dan sanggup berkorban untuk membantu yang miskin dan menginsafi nasib mereka yang lebih daif. Sebenarnya Islam menzahirkan satu masyarakat yang prihatin, penyayang dan saling menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit ataupun fahaman politik.

4.    Sekarang ini kita menyaksikan beberapa negeri sedang dilanda banjir. Lebih menyedihkan, tatkala kita sedang meraikan Hari Raya Aidiladha, terdapat ramai umat Islam yang terpaksa meraikannya di pusat-pusat pemindahan.

5.    Mereka terpaksa meraikannya dalam serba kekurangan dan kepayahan di sebalik rumah yang tenggelam dan digenangi air. Justeru, marilah kita zahirkan tanda pengorbanan kita dengan menghulurkan bantuan seadanya untuk meringankan beban saudara-saudara kita yang menjadi mangsa banjir.

6.    Bantuan berupa barangan ataupun wang ringgit amat mereka perlukan apatah lagi setelah menyaksikan kemusnahan dan kerosakan harta benda mereka yang cukup menyayat hati. Oleh itu, di hari yang mulia ini, janganlah dibiarkan mereka bersendirian tanpa dibantu oleh sesiapa. Begitu juga dengan umat Islam yang lain yang turut berada dalam kesusahan. Perlu dibantu seadanya.

Saudara dan saudari sekalian,

7.    Korban juga membawa definisi menyeru umatnya supaya sentiasa mengutuhkan perpaduan, mengelakkan perpecahan dan menjuarai keamanan agar nasib umat Islam sentiasa terbela dan martabat agama Islam itu sendiri akan terus terpelihara. Kita harus mengetepikan segala kepentingan diri demi kesejagatan dan kesejahteraan rakyat. Alhamdulillah, masyarakat Islam di negara kita dapat melakukan segala ibadah dalam keadaan aman dan sempurna. Inilah nikmat yang mungkin tidak dapat dirasai oleh masyarakat Islam negara lain.

8.    Sememangnya, umat Islam di negara ini dihormati kerana kita merupakan masyarakat Islam yang progresif, berdisiplin, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi. Inilah satu lagi nikmat yang Allah S.W.T. anugerahkan kepada kita. Justeru, kita sewajarnya mengamalkan pendekatan yang bersifat Wasatiyah (Sederhana) dengan menghormati semua agama, bangsa dan kaum lain.

9.    Bersamalah kita ketepikan perbezaan fahaman politik, bersedia korbankan kepentingan  diri, buktikan keinsafan dan kesyukuran kita dengan bersatu hati dan meningkatkan martabat agama, memupuk hubungan yang baik dengan rakan-rakan kita daripada pelbagai keturunan, agama dan bangsa. Sewajarnya sebagai seorang muslim, kita wajib menyempurnakan tugas, tanggungjawab serta patuh kepada ajaran Allah S.W.T dengan merapatkan saf, menyemai semangat kekitaan dan menginstitusikan keakraban silaturahim sesama insan.

10.    Di hari yang mulia ini, jangan dilupai para jemaah haji kita yang sedang menyempurnakan ibadah rukun Islam yang kelima di tanah suci. Marilah kita berdoa kepada Allah S.W.T agar- jemaah haji kita di sana dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur serta kembali ke tanah air dengan selamat. Semoga pengalaman mereka di tanah suci dapat kita manfaatkan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.

11.    Pengakhir kalam, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam Malaysia di mana jua berada. Marilah kita bersama-sama meraikan sambutan Aidiladha ini bersama rakan kita dari pelbagai bangsa melalui semangat muhibbah. Inilah resipi perpaduan Satu Ummah di dalam Gagasan 1 Malaysia yang kita impikan.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Comments (75)add comment
 1 2 3 4 5 >  Last ›
sunlay: tempat parking kolej
Assalamualaikum,Datuk seri,saya ingin mengadu tentang tempat parking kolej komuniti sungai petani yang dikenakan bayaran untuk para pelajar kolej oleh MPSPK,ini tidak patut kerana para pelajar belajar di kolej ini,ini membebankan para pelajar kolej ini,harap isu ini di pertimbangkan secepat mungkin.
1

January 17, 2010
Norzaidah Binti Mohd Feisal: HUKUMAN YANG SETIMPAL DAN BERKESAN BAGI PENJENAYAH
Saya seorang penyokong kerajaan, akhir-akhir ini terlalu banyak kes-kes jenayah berlaku di negara kita termasuk jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Jenayah seperti merempit, menyamun, merompak, merogol, meragut, rasuah, menculik, ah long dan lain-lain tidak dapat dimaafkan kerana melibatkan banyak pihak yang teraniaya. Lantas, kerajaan harus mengubal undang-undang yang boleh memberi pengajaran kepada penjenayah tersebut, malah kepada rakyat seluruhnya supaya Malaysia dapat mengurangkan kadar jenayah dengan berkesan. Hukuman tersebut rotan di depan khalayak ramai, atau pun rakaman rotan dipaparkan dalam media massa tanpa ditapis, malah disiarkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Jumlah rotan yang patut diberikan mestilah dirujuk tahap mana keseriusan jenayah yang dilakukan.
2

December 19, 2009
Mr.B: Mr.
assalammualaikum datuk sri, saya seperti nama diatas amat menyanjung kepewiraan datuk dgn slogan one malaysia, cuma nak comment sikit sahaja, beri peluang kepada bekas calon pembangkang,di sabah utk jadi calon kepada barisan nasional, pada pilihan raya akan dtg, terutamanya dari N.50 pilihan raya umum lalu terima kasih.
3

December 16, 2009
moh fazli bin ismail: datuk seri... tolong saya datuk.....
saya membuka sebuah kedai fotostat... dan akhir-akhir ini fotostat kurang mendapat sambutan... jadi saya ingin menambah perkhidmatan saya kepada percetakan... saya dah memohon pinjaman YAYASAN TEKUN... tapi dah sampai hampir 1tahun masih belum ade apa-apa berita lagi.. jadi saya nak mintak tolong dengan datuk seri sebagai pemimpin 1malaysia untuk membantu saya... sebenarnya saya hanya perlukan RM50ribu sahaja untuk membeli mesin cetak banner/bunting.. dari situ saya dapat menaikkan ekonomi untuk menyara keluarga saya justeru menaikkan ekonomi negara...
4

December 16, 2009
Hj. Johan bin Norjaai: Ahli Parlimen BN Gagal Hadiri sidang Parlimen
Yab. Dato' Seri.
Saya rasa keciwa diatas kegagalan Ahli Parliman Barisan Nasional hadir sidang dewan dan memungkinkan kegagalan budjet 2010 tidak diluluskan, adakah ini KPI Dato' Seri, saya amat keciwa jika yan besar kita tangani perkara asas dan penting kita abaikan..... malang jika perkara sebegini berterusan, selaku k/cawangan gambaran ini yang akan tempias keakar umbi, senantiasa di tempelak, jika jika BN acuh tak acuh bagi saja kepembangkang habis cerita, saya amat kecewa Dato' Seri. Terima kasih
5

December 16, 2009
RICKY JAMES: PEKERJA KONTRAK SEKTOR AWAM DI MALAYSIA
Salam sejahtera YAB PM,

Isu pekerja kontrak sektor awam sebenarnya telah lama diperkatakan, tetapi tiada kata putus dari pihak yang bertanggungjawab sama ada nasib golongan pekerja kontrak sektor awam ini terbela dengan menyerapkan mereka ke jawatan tetap sektor awam. Semoga YAB PM mengambil berat tentang isu ini memandangkan ianya sudah berlarutan terlalu lama dan seolah-olah tiada langkah penyelesaiannya. Terima kasih.
6

December 16, 2009
abdul rahman bin abbas: rumah mampu milik - teluk kumbar heights-pulau pinang.
Assalamulaikum YAB PM,

asalnya tanah projek tersebut kepunyaan bumiputra dijual kepada SPNB. beberapa hari sebelum pilihanraya 2004 PM ketika itu telah pecah tanah. selepas itu permohonan dibuka untuk semua category rumah.

saya suka ketengahkan kes pembeli rumah kos rendah harga RM35,000/- bilangan besarnya orang melayu pendapatan rendah yang telah bayar 10% pendahuluan dan tandatangani s&p pada tahun 2007.

september 2009 pemaju menjemput semua pembeli rumah kos rendah dan memulangkan wang pendahuluan 10% kerana rumah kos rendah telah dibatalkan dan hanya rumah kos tinggi diteruskan. kenapa SPNB berdiam diri dan tidak bebuat sesuatu membantu orang miskin untuk memiliki rumah?..harap Dato Sri dapat siasat perkara ini. di pulau pinang ni faham-faham lah.

sekian, terima kasih.
7

December 15, 2009
abdul rahman bin abbas: pekerja am
Aassalamulaikum YAB PM,

pekerja swasta serba serbi ketinggalan jika dibandingkan dengan kakitangan awam.
dengan ketiadaan tangga gaji minimum, cuti umum (public holiday) hanya sepuluh hari berbanding kakitangan awam 17 hari setahun, tiada pencen, epf berapalah sangat kalau gaji terlalu rendah.

kalau perkara-perkara ini dapat YAB ambil kira dan atasinya inshaallah PRU13 pengundi yang bekerja dengan swasta akan balas budi..dimana negara kalau rakyatnya hidup dalam serba cukup akan pasti setia dengan kerajaan.

kepana anwar dan PR menang besar PRU12 kerana dia berjanji turun harga barang, naik gaji dan banyak lagi gula-gula.

harap YAB dapat tolong pekerja swasta yang sebilangan besarnya adalah gaji dibawah RM800 sebulan. terima kasih

8

December 15, 2009
Mohd Nazeri Harun: Setuju Pendapat Ahmad.. Tentang Etika.
Dato Sri;
Setuju dgn Pendapat Ahmad - Tentang Etika, kita ahli UMNO diajar beradab dan bretika. Sikap Nazri Aziz ini sebaliknya(Ego, riah, sombong & banyak cakap saja). Tak ada apa yg hendak dibanggakan dgn dia ini kerana dari segi khidmatnya pada rakyat terutama kawasan Pdg. Rengas, RANGKING boleh bagi 10 peratus saja. Pdg. Rengas (pekan koboi) xbanyak perubahan dari segi pembangunan selepas merdeka. Jika Dato Sri pegi lawat ke Pdg.Rengas keadaan lebih kurang sama sprt. zaman penjajah xada perubahan ketara. Tak ada apa yg boleh dibanggakan drpdnya. Tq.
9

December 13, 2009
Norhayati Abdul Rahman: Salam Dato' Sri..
Penguatkuasa DBKL telah menjalankan tugas tanpa prihatin. Baru sebentar tadi saya menyaksikan mereka telah menyaman dan merampas peralatan peniaga yang menjual air jambu dan nasi ayam kukus di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Peniaga telah merayu agar peralatan tidak diambil dengan alasan telah memohon lesen sebanyak 4kali turun naik pejabat DBKL. Dimanakah letaknya slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN". Apa yang saya bimbangkan akan terjadi gelombang besar dalam PUM ke-13 nanti.
Saya mohon penjaja dibenarkan mencari rezeki yang halal dan bukannya merampuk.
10

December 12, 2009
 1 2 3 4 5 >  Last ›

Write comment
You can add your comment here

busy