Senarai Blog

Tagged : Web updates

Beberapa minggu yang lalu saya telah memilih beberapa komen yang dihantar ke blog dalam laman web saya dan memberikan respons saya di situ yang sukacita saya katakan diterima dengan baiknya oleh kebanyakan anda semua. Saya sangat berhasrat untuk melakukannya lagi, Insya-Allah.

Pada waktu yang sama, saya sedang memikirkan beberapa idea supaya laman web ini menjadi lebih interaktif dan boleh diakses sedapat mungkin oleh semua rakyat Malaysia. Matlamatnya adalah untuk memastikan perbincangan di 1Malaysia.com.my dapat diteruskan dengan cara yang sihat, sama ada antara anda dengan saya, atau di kalangan anda semua sebagai pengunjung dan penyumbang kepada dialog ini. Kepada anda yang telah mengikuti blog saya dan kandungan-kandungan lain dalam laman web saya, dan pada mereka yang telah memberikan komen atau menyertai dalam tinjauan pendapat, terima kasih atas penyertaan anda itu dan harap anda akan terus melakukannya.

 
Seterusnya...

Awal hari ini saya telah mengumumkan kepada negara beberapa pembaharuan yang memberikan penumpuan kepada keadaan ekonomi serantau dan dunia masa kini, sementara kita terus berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai objektif wawasan negara kita. Berikut ialah ringkasan pengumuman yang disediakan oleh pejabat saya yang ingin saya berkongsi dengan anda.

SOROTAN PENTING PEMBAHARUAN

Diumumkan oleh YAB Perdana Menteri

Dato’ Sri Najib Tun Razak

di Invest Malaysia 09

30 Jun 2009








 
Seterusnya...

Tagged : Islam

Sekitar pukul 9.12pm malam tadi, saya amat gembira dapat berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit dengan rakan sejawat saya dari Amerika, Presiden Obama. Ini merupakan perbualan telefon pertama kami sebagai Ketua Kerajaan dan seterusnya kami bertukar-tukar ucap selamat atas pelantikan kami. Saya telah menyatakan bahawa saya amat berharap dapat bekerja rapat dengan beliau. Presiden Obama dengan mesranya mengakui keupayaan saya untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri berdasarkan latar belakang saya yang luas dalam perkhidmatan awam.

Saya mempelawa beliau berkunjung ke negara kita supaya dapat melihat sendiri penerapan Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia. Pelawaan ini berikutan dengan pengiktirafan Presiden Obama terhadap Kuala Lumpur sebagai contoh sebuah negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif dalam ucapan beliau kepada dunia Islam di Kaherah baru-baru ini. Saya menerangkan kepada beliau bahawa Malaysia berkongsi titik persamaan yang penting dengan Amerika Syarikat. Kita sama-sama percaya kepada ideal dan prinsip demokrasi termasuk kebertanggungjawaban dan ketelusan. Saya juga telah bercakap tentang usaha memperkenalkan konsep 1Malaysia dan bagaimana rasa kebersamaan dan kekitaan akan membantu Malaysia melangkah ke hadapan dengan matlamat yang sama.

 
Seterusnya...
«Start Prev 1   2   3   4  Next  End»
Undian
Bagaimana anda akan pulang sempena Aidilfitri ini?
 
Komen Terkini Blog