Ini untuk Anda, Belia Malaysia! | 1MALAYSIA


Share:
Share on Facebook
 Blog
Ini untuk Anda, Belia Malaysia!
Januari 24th, 2011 by Najib Razak

Jumaat yang lalu, saya telah melancarkan Dana Belia 1Malaysia, satu bantuan kewangan sebanyak RM20 juta untuk membiayai idea dan projek oleh remaja.  Meneruskan prinsip saya bahawa Kerajaan mesti terus melibatkan rakyat, idea yang mulanya dicetuskan di Makmal Belia tahun lalu telah dimasukkan dalam Belanjawan 2011.

Untuk maju ke hadapan, negara kita mesti memastikan bahawa kita mempunyai modal insan yang mampu melaksanakan tanggungjawab pembangunan fizikal dan sosial.  Ini bermakna anda, belia dan masa hadapan Malaysia, hendaklah menyediakan diri anda untuk mengambil tanggungjawab ini.  Dana ini memberikan anda satu wadah untuk membuat persediaan dan akan bertindak sebagai ‘pemangkin’  untuk melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang.

Melalui interaksi saya dengan anda, saya dapat melihat dan mendengar banyak idea yang hebat-hebat dan rancangan yang besar-besar yang mendatangkan manfaat kepada komuniti anda juga negara dalam banyak cara.  Malahan idea yang paling mudah ini boleh mencetuskan perubahan penting kepada anda dan komuniti anda.  Dana ini menggalakkan anda meneroka idea-idea itu.  Saya harap agar anda mengambil kesempatan  ini untuk mengetahui dana ini di laman webnya.

Saya juga sangat gembira sebahagian daripada Dana ini akan juga ditawarkan melalui satu program khas tv di salah satu stesen tv tempatan kita, iaitu melalui Media Prima pada April ini.  Ramai rakyat Malaysia akan menonton dan  akan terpaku untuk melihat kejayaan anda tatkala anda berusaha untuk merealisasikan cita-cita anda.

Sebagaimana yang anda dapat lihat, Dana ini begitu bermakna bagi saya.  Saya merayu kepada anda, belia dan masa hadapan Malaysia, agar mengambil peluang dan segala kemungkinan yang ditawarkan untuk merealisasikan impian, aspirasi dan matlamat anda untuk Malaysia.  Sebaliknya, negara bergantung pada anda untuk melakukan perkara yang hebat-hebat dengan peluang yang diberikan ini.

Tags: , , , , ,

|
← Go back