Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Kepuasan Membaca Sebuah Buku Yang Ditulis Dengan Baik
Mac 26th, 2012 by Najib Razak

The Pleasure of a Good Book

Sebagai seorang Perdana Menteri hari-hari saya selalunya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti berkaitan kerja. Oleh itu, saya amat menghargai masa yang dapat diluangkan untuk aktiviti peribadi yang saya gemari, seperti membaca buku.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk membaca biografi mengenai Steve Jobs. Saya telah membesar dengan buku-buku sebegini: sejarah, pemikiran strategik, dan biografi tokoh masyarakat. Sekilas pandang, koleksi buku saya sekarang masih sama seperti dahulu; pilihan bahan bacaan saya masih cenderung ke arah penulisan bukan fiksyen.

Tidak dapat dinafikan bahawa buku-buku sebegini tidak menghidangkan senario-senario seperti dalam buku-buku fiksyen yang hanya dikengkang oleh imaginasi. Namun buku-buku bukan fiksyen menggariskan satu mesej yang cukup bermakna, iaitu: perihal manusia dan kemanusiaan yang sebenar. Buku-buku sebegini menceritakan kisah dan situasi sebenar, ujian dan kejayaan sebenar yang dialami oleh insan-insan seperti kita, bukan yang dibentuk oleh imaginasi.

Selain itu, cerita-cerita sebegini turut diadaptasi dan diceritakan semula dalam bentuk percetakan, skrin, dan pementasan. Saya pasti tentu ada sekurang-kurangnya satu contoh yang anda dapat namakan. Ketabahan luar biasa ikon-ikon seperti Nelson Mandela, Sir Winston Churchill, atau pandangan berharga Malcolm Gladwell, W. Chan Kim dan Renee Maubourgne telah dan akan terus menyemarakkan lagi aspirasi kita bagi masa hadapan.

Bagi anda yang mempunyai masa terluang, saya harap anda akan terus membaca sekerap yang anda mampu. Saya amat rindukan kepuasan membaca buku dari semasa ke semasa. Apa kata anda kongsi bersama cadangan bahan bacaan di bahagian komen di bawah; saya ingin tahu buku apa yang menjadi pilihan rakyat Malaysia kini.

Tags: , , ,

|
blog comments powered by Disqus