Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Imbasan 1Minggu (12 – 18 Sept 2011)
September 21st, 2011 by Najib Razak

12.9.2011
Saya merasa amat berbangga kerana rakyat Malaysia kini berpeluang untuk mendapat pendidikan dalam bidang perubatan yang bertaraf dunia di IPT tempatan. Pelajar kini boleh mengikuti kurikulum yang ditawarkan oleh Johns Hopkins School of Medicine dan Royal College of Surgeons di Ireland – dua institusi pendidikan yang sangat berprestij di peringkat antarabangsa.

 

14.9.2011
Saya telah menghadiri satu sesi perbincangan yang begitu positif bersama Steve Forbes sempena Persidangan Global CEO Forbes. Saya telah menyatakan bahawa tenaga kerja profesional kita dibayar dengan gaji yang kurang – pada masa ini, gaji seharusnya setimpal dengan kemahiran dan bakat mengikut standard antarabangsa.

 

14.9.2011
Syabas kepada Proton atas usaha menghasilkan kereta elektrik dalam menyokong seruan Kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida. Saya harap mereka akan meneruskan projek ini sehingga ke peringkat pengkomersilan.

 

15.9.2011
Hari ini merupakan satu detik bersejarah. Tetapi bagi saya, apa yang berlaku hari ini juga adalah sesuatu yang wajar dilakukan. Pengumuman Khas Hari Malaysia akan membuka era baru bagi Malaysia. Marilah kita bersama tumpukan usaha kita untuk maju kehadapan dan bawa negara kita ini ke tahap yang lebih tinggi!

 

16.9.2011
Saya teruja menyaksikan perpaduan rakyat yang begitu memberangsangkan sewaktu perarakan Hari Merdeka – Hari Malaysia di Dataran Merdeka. Kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam perbarisan itu, syabas diucapkan kerana telah menjayakan sebuah perarakan yang sungguh menarik.

 

17.9.2011
Satu pengalaman yang begitu istimewa apabila berada di kalangan anak-anak muda kita di Konsert Suara Kami. Setelah mendapat begitu banyak “tweet” di halaman Twitter, mengundang saya untuk menghadiri konsert itu, saya telah ambil keputusan untuk singgah sebentar. Saya dapat merasakan semangat belia yang membakar! Terima kasih atas sambutan meriah yang diberikan dan terima kasih juga kerana mengatakan saya ini “sempoi”!

 

 

 

 

 

18.9.2011
Sekali lagi kembali ke kampung halaman saya, kali ini untuk mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya di Taman Tasik Sultan Abu Bakar. Pekan. Terima kasih kepada 50,000 orang yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir.

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

|
blog comments powered by Disqus