| Share: |
21.11.2011

Projek-projek bioteknologi telah meninggalkan impak sebagai Projek Entry Point (EPP) di bawah NKEA Pertanian, Kesihatan, Minyak Sawit & Produk Berkaitan serta Minyak & Gas. Dengan pelancaran Strategi Biomass Malaysia di Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2011 baru-baru ini, industri-industri nilai tinggi yang baru akan wujud bersama dengan 70,000 peluang pekerjaan dimana 40,000 darinya adalah pekerjaan berkemahiran tinggi.
22.11.2011

Kita perlukan lebih banyak penyelesaian kreatif seperti projek pembinaan jalanraya Jiwa Murni yang menghubungkan Ba’Kelalan dan Bario di Sarawak. Projek tersebut bukan sahaja menjimatkan kos malah juga telah berjaya mengurangkan tempoh pembinaan. Saya amat gembira dengan kesan-kesan positif yang telah dibawa oleh jalan tersebut kepada masyarakat kedua-dua kawasan itu, terutamanya dalam penurunan harga makanan, gas LPG dan bahan-bahan pembinaan.
23.11.2011

Kita telah berjaya membangunkan PKS, namun beberapa langkah-langkah positif dan berani perlu diambil untuk memastikan pertumbuhannya sejajar dengan negara-negara maju. Produktiviti PKS kita berbanding dengan mereka masih rendah dimana mereka 4-5 kali lebih tinggi. Enam program impak tinggi yang telah saya umumkan dalam mesyuarat Majlis Pembangunan PKS terjurus kepada rangsangan pertumbuhan PKS kepada 8.7 peratus menjelang 2020.
24.11.2011
Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 telah dibentangkan di Parlimen sebagai salah satu langkah penuh revolusi Kerajaan dalam mempertingkatkan hak-hak individu. Penting untuk diingat bahawa hak untuk berhimpun mestilah juga selari dengan hak orang ramai yang mahukan kebebasan dan keamanan terus wujud dalam kehidupan mereka. Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan keamanan awam dilindungi sepanjang masa.
26.11.2011

Sewaktu menghadiri Majlis Pelancaran Hala Tuju Transformasi Bumiputera, saya telah menekankan bahawa meskipun ia secara langsung melibatkan komuniti Bumiputera, manfaatnya akan dikecapi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Umat Islam menyambut tahun baru 1433H dengan bacaan doa awal tahun. Saya telah menghadiri majlis bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Negara mengiringi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan bersama menteri-menteri lain serta lebih 3,000 umat Islam.
27.11.2011

Pada sambutan Maal Hijrah 1433H peringkat kebangsaan di Putrajaya, Tuanku Mizan telah bertitah bahawa masyarakat yang benar-benar bersatu hanya boleh diwujudkan di negara ini melalui sikap hormat menghormati dan persefahaman antara satu sama lain. Saya turut bersetuju dengan titah Tuanku Mizan bahawa kesederhanaan sosial bermakna rakyat perlu sentiasa bertindak secara sivil dalam apa jua keadaan dan tidak bertindak terburu-buru dan kejam terhadap sesiapa.
Tags: Agriculture, Development, EPPs, Government Policy, Infrastructure, Maal Hijrah 1433h, NKEAs