Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Imbasan 1Minggu (14 – 20 Nov 2011)
November 25th, 2011 by Najib Razak

14.11.2011

Gembira apabila pemimpin-pemimpin APEC menunjukkan minat yang mendalam terhadap pendekatan pembaharuan ekonomi holistik Malaysia yang berbeza dari negara-negara mereka. Terutamanya Model Baru Ekonomi (MEB) kita yang telah membantu kita menjana peningkatan pelaburan asing dan peluang pekerjaan.

Seperti biasa, lawatan ke luar negara tidak lengkap sekiranya tidak menghabiskan masa bersama komuniti rakyat Malaysia di negara yang dilawati. Saya dan isteri dengan berbesar hati telah menganjurkan majlis makan malam bagi pelajar dan komuniti Malaysia yang berada di Hawaii, pegawai-pegawai dari East-West Centre dan para sularelawan kor keamanan yang telah berkhidmat di Malaysia sekitar awal 1960-an.

 

16.11.2011


Sekembalinya ke tanah air, saya telah melawat Perkampungan Orang Asli Tanjung Sepat di Morib Selangor dimana Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 sedang dijalankan. Saya amat berpuas hati dengan pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai oleh strategi ini yang telah membolehkan kita menggabungkan pemulihan banduan, pembangunan pendalaman dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia secara inovatif.

Tidak lama selepas itu, saya telah berlepas ke Bali untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-19. Berita baik: dalam mesyuarat dua hala dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, kami telah membincangkan larangan atas penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia. Perkara itu telah dapat diselesaikan secara baik, penggantungan tersebut telah ditarik balik dan pembantu rumah warga Indonesia akan kembali dibenarkan untuk bekerja di Malaysia mulai 1 Disember.

 

17.11.2011


Sewaktu di Sidang Kemuncak Asean Ke-19, saya telah menyatakan bahawa negara-negara Asean boleh mengelak daripada masalah yang sedang dihadapi oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan terus mengambil langkah berhati-hati dan membuat keputusan melalui konsensus bersama. Biarlah sekiranya Asean dikritik sebagai terlalu lembab dalam menghubungkan ekonomi antara negara-negaranya, tetapi sekiranya kita bergerak dengan terlalu pantas kita mungkin akan terjerumus kedalam masalah yang sama seperti apa yang sedang dialami oleh Eropah sekarang.

Saya telah memastikan yang saya sempat meluangkan sedikit masa untuk menonton perlawanan bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia dari Bali. Pasukan kita telah bermain dengan bagus dan terus memberikan harapan kepada masa hadapan sukan bola sepak Malaysia.

 

18.11.2011


Sebelum Sidang Kemuncak Asean pada hari Sabtu, saya telah menghadiri mesyuarat bersama Presiden Barack Obama untuk meluaskan perbincangan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Presiden Obama telah menyatakan hasrat AS untuk menjalinkan hubungan rapat dengan Malaysia. Kata-kata beliau mengenai kepimpinan saya amat saya hargai.

 

20.11.2011


Sekembalinya ke tanah air setelah bertugas di Hawaii dan Indonesia, saya telah melancarkan Konvensyen Sosial Media 1Malaysia yang pertama di KL. Faktor penentu dalam pilihan raya umum akan datang untuk calon-calon BN adalah penerimaan generasi baru terhadap mereka. Calon BN perlu memandang percambahan media sosial sebagai satu peluang untuk mereka sentiasa berhubungan dengan pengundi di kawasan mereka.

Saya juga telah melancarkan “MyVoice”, Kelab Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia. Saya berharap agar ahli MyVoice dapat membantu menjelaskan kebenaran disebalik pelbagai maklumat palsu yang disebarkan di internet dan menjelaskan kepada rakyat agenda transformasi kerajaan dan memastikan ianya dapat dicapai.

Hari itu juga merupakan hari terakhir pameran kerjaya BN Youth Job Fair. Pada acara penutupnya saya telah menjelaskan bahawa adalah tidak mustahil bagi Malaysia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi antara lima dan enam peratus tahun ini. Kita mempunyai perancangan kerajaan yang terbukti sistematik, dasar-dasar yang matang dan pelaksanaan yang efektif. Keupayaan BN sebagai parti pemerintah sudah dicuba dan diuji dan ianya telah berjaya membuktikan keupayaannya dalam membangunkan Malaysia sehingga dimana ia berada kini.

Tags:

|
blog comments powered by Disqus