Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Imbasan 1Minggu (13 – 19 Feb 2012)
Februari 24th, 2012 by Najib Razak

13 Febuari 2012

Peningkatan pada kadar jenayah menandakan perlunya strategi baru, perubahan minda, pengukuhan nilai-nilai etika, penguatkuasaan yang ketat, dan kepimpinan yang berkesan dan mantap bagi meningkatkan keselamatan. Saya berpuas hati dengan sikap Polis Diraja Malaysia yang telah memberikan menyambut baik seruan ini dan telah menjadi sebahagian daripada NKRA kita.

~ Persidangan Antarabangsa Prinsip Kepolisan: Undang-Undang, Ketenteraman Awam dan Pembangunan Mampan

14 Febuari 2012

Hari ini merupakan detik yang bersejarah bagi 4,000 pemohon masyarakat India yang akhirnya telah menerima dokumen pengenalan kewarganegaraan mereka selepas menunggu sekian lama. Kempen MyDaftar telah berjaya mencapai objektifnya dalam menangani isu-isu kewarganegaraan.

~ Majlis Penganugerahan Dokumen Pengenalan Diri Kempen MyDaftar

15 Febuari 2012

Kita kini berhadapan dengan persekitaran yang lebih mencabar. Kadangkala pandangan dari satu atau dua individu boleh menjadi ibarat “api dalam sekam”, menjadi “viral” dalam masa yang begitu singkat. Oleh itu amat penting bagi kita untuk teruskan usaha memupuk kefahaman dan kesedaran melalui dialog.

~ Majlis Bersama Pemimpin-Pemimpin Agama Sempena Sambutan ‘World Interfaith Harmony Week’ 2012

16 Febuari 2012

Saya telah melancarkan projek SAMUR (Ammonia Urea Sabah Petronas) di Sipitang, Sabah hari ini. Ianya satu projek berskala antarabangsa, yang bakal membawa perubahan besar kepada kawasan Sipitang. Dianggarkan sebanyak 1.2 juta tan urea akan dihasilkan di sini setiap tahun dengan nilai eksport kira-kira AS$4.8 bilion setahun.

17 Febuari 2012

Daripada mempunyai 70% daripada rakyatnya tergolong dalam kumpulan miskin, Sabah kini mempunyai purata pendapatan per kapita di tengah-tengah antara negeri terkaya dan termiskin. Inilah hasil agenda pembangunan negara yang jelas dan berkesan.

~ Majlis Perasmian Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur di Kg. Nala, Lahad Datu, Sabah

18 Febuari 2012

/

Transformasi adalah jauh lebih baik daripada Reformasi. Reformasi menuntut perubahan, demonstrasi jalanan, mewujudkan kekacauan, huru-hara. Tetapi transformasi adalah perubahan yang teratur, sistematik dan terancang bagi negara ini.

~ Malaysian Chinese at The Political Crossroads

Tags: , , ,

|
blog comments powered by Disqus