| Share: |
12.12.2011

Anak-anak muda ibarat superhero bagi negara ini, yang mempunyai kuasa untuk berubah. Jika mereka bekerjasama dengan kerajaan, GTP akan lebih mudah menjadi kenyataan. – Sidang Kemuncak Belia “Membentuk Masa Depan Kita”
13.12.2011

Nasihat saya kepada Pemaju hartanah yang mahu membina rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), ambil kira kepentingan Rakyat dengan menawarkan rumah mampu milik yang berkualiti dan janganlah ambil untung dan janganlah pula rugi. – Pelancaran Rumah Berkualiti Mampu Milik Sime Darby Quality di Bandar Ainsdale, Labu, Negeri SembilanBandar Ainsdale, Labu, Negeri Sembilan.
14.12.2011

Memang kita ada perbezaan dari segi kepercayaan, tetapi kebanyakan nilainya bersandar kepada nilai sejagat seperti bersopan, menghormati orang tua, amanah, rajin bekerja. Kita ada titik persamaan sesama kita. – Majlis Jamuan Makan Malam Perpaduan Agama Tao Selangor.
16.12.2011

Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain tanpa usul periksa. – UMajlis Perdana Ulama, Umarak dan Imam bersama Perdana Menteri.
17.12.2011

MyAgrosis (Kelab Usahawan Siswazah Tani) dapat mendedahkan siswa dan siswi kepada bidang pertanian dengan paradigma baru iaitu pertanian sebagai ‘business model’ dan ‘business concept’. – Pelancaran MyAgrosis di UiTM Merbok, Kedah.
18.12.2011

Hidup mati saya di Pekan dan bukan di tempat lain. Oleh itu saya beriltizam akan terus berbakti kepada penduduk Pekan dalam apa jua keadaan, “senang dan susah, pahit dan getir serta ‘goge’ (kecoh) atau ‘libang libu’. – Malam Perhimpunan Anak Pekan sempena Ulang Tahun ke-10 Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan).
Tags: Agriculture, Community, KR1M, PR1MA, Youth